Krisis dalaman landa PBB menjelang pilihanraya negeri
Terjemahan P arti Pesaka Bumiputera (PBB) pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga tidak terkecuali daripada menghadapi krisis, menjelang pilihanraya negeri yang semakin hampir.
Terjemahan P arti Pesaka Bumiputera (PBB) pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga tidak terkecuali daripada menghadapi krisis, menjelang pilihanraya negeri yang semakin hampir.
Eposid dalam PBB parti komponen utama Barisan Nasional (BN) negeri tertumpu kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serdeng dan wakil rakyatnya Awang Asfia Awang Nassar.
Beliau, seorang peguam, menjadi sasaran kempen melalui internet dan TV yang dipercayai disokong seorang pemimpin kanan parti itu, untuk memberi tekanan kepada PBB supaya menggugurkan Awang dari senarai calon pilihanraya negeri yang akan datang.
Sebuah program berita TV3 yang ke udara pada malam Selasa lalu memaparkan Pulau Pulau Bruit di Serdeng sebagai sebuah kawasan yang kurang pembangunan. Penduduk yang diwawancara, menyalahkan Awang yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri.
Pada masa yang sama, akhbar berbahasa Melayu Berita Harian turut menyiarkan sebuah laporan yang menyifatkan Pulau Bruit sebagai kawasan mundur.
Laporan tersebut memetik penduduknya sebagai berkata, Awang yang sudah tiga penggal menjadi Adun kawasan itu telah mungkir janjinya untuk membawa pembangunanke kawasan tersebut.
Pulau Bruit didiami kira-kira 3,000 pendudu, yang sebahagian besarnya petani dan nelayan.
Muka baru
Salah seorang penduduk yang ditemui Berita Harian , Rapi Zaini, seorang nelayan, berkata kawasan DUN Matu-Daro telah menikmati pembangunan pesat di bawah wakil rakyatnya Wahab Dolah.
Wahab adalah juga ketua penerangan PBB dan ahli Parlimen Kuala Rajang (yang merangkumi kawasan Matu-Daro, Serdeng dan Belawai).
Sementara itu, Rapi memberitahu akhbar berkenaan bahawa ahli PBB di situ merupakan penyokong setia BN tetapi mereka mahu wakil rakyat baru.
Sumber-sumber dalam PBB di situ memberitahu malaysiakini hari ini bahawa mereka mungkin menghantar memorandum kepada presiden parti itu meminta Awang diganti dengan calon lain.
Mereka juga sedang menimbang kemungkinan menyuarakan suara hati mereka dalam surat terbuka kepada pihak akhbar.
Ketika dihubungi, Awang berkata rangka pembangunan Pulau Bruit sudah siap.
"Pelan pembangunan Pulau Bruit sudah siap dan hanya menunggu pelaksanaannya sahaja," tambahnya.
Katanya, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar dan memanggil sidang akhbar untuk menjelaskan perkara tersebut.
Awang telah menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sejak 1991. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.