Loh: Kontroversi dengan Umno Kelana Jaya sudah selesai
Kontroversi antara Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok dengan Umno bahagian Kelana Jaya berakhir selepas kedua belah pihak mengadakan satu pertemuan khas malam tadi.
Kontroversi antara Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok dengan Umno bahagian Kelana Jaya berakhir selepas kedua belah pihak mengadakan satu pertemuan khas malam tadi.
Bagaimanapun, Loh enggan menjawab apabila ditanya sama ada beliau memohon maaf kepada Umno Bahagian Kelana Jaya kerana mencadangkan penubuhan Jabatan Kemajuan Agama (Jakam), bagi menguruskan halehwal agama-agama lain, selain dari Islam, di Malaysia.
Loh membuat cadangan tersebut Dewan Rakyat pada 15 Mac lalu. Loh juga turut membangkitkan isu ketidakseimbangan silibus buku teks sejarah, garis panduan membaca doa untuk orang Islam dan masalah yang dihadapi oleh orang bukan Islam berhubung tempat beribadat.
Ekoran kelantangan beliau di Dewan Rakyat itu, etua Pemuda Umno bahagian Kelana Jaya, Abdul Halim Samad bersama kira-kira 50 ahli pergerakan itu, telah "mengunjungi" pejabat Loh di Bandar Sunway, Petaling Jaya enam hari kemudiannya, untuk menyerahkan surat bantahan mereka.
Ketibaan mereka secara tiba-tiba pada kira-kira jam 9.30 malam memeranjatkan kakitangan pejabat Loh. Ahli Parlimen itu juga difahamkan telah diberitahu bahawa Pemuda Umno akan "mengambil tindakan" jika beliau gagal menjawab surat tersebut dalam tempoh beberapa hari.
Pemuda Umno itu juga difahamkan, telah membantah cadangan penubuhan Jakam dengan alasan ia boleh memudaratkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pengundi Melayu
Sebelum itu, Pemuda Umno bahagian tersebut juga dikatakan telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan ucapan Loh, dan membuat kesimpulan bahawa cadangan Loh itu telah menyakitkan hari orang Melayu, yang merupakan majoriti pengundi di kawasan parlimen Kelana Jaya.
Menurut Loh, penyelesaian dicapai dalam mesyuarat dengan kepimpinan Umno Bahagian Kelana Jaya yang dipengerusikan oleh ketua bahagian berkenaan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, di pejabat Umno bahagian itu malam tadi.
"Mesyuarat selama dua jam setengah itu turut dihadiri ahli jawatankuasa Umno bahagian serta pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan," kata Loh dalam sidang akhbar di pejabatnya petang ini.
Sehubungan itu, Loh berkata isu berkenaan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana bimbang ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh.
Katanya, mesyuarat tersebut berlangsung dalam suasana harmoni, sesuai dengan semangat saling menghormati dan perpaduan erat di kalangan parti Barisan Nasional (BN).
"Saya amat berterima kasih kepada Tan Sri Muhd Taib kerana begitu peka dengan masalah tersebut dan berjaya menyelesaikan itu tersebut," katanya lagi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.