Rezab Proton kering, dakwa Tengku Mahaleel
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mendakwa, Proton kini dibebani dengan 39,000 buah kereta yang tidak terjual dan rezabnya telah kering berbanding dengan mempunyai RM2.3 bilion semasa beliau melepaskan jawatannya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mendakwa, Proton kini dibebani dengan 39,000 buah kereta yang tidak terjual dan rezabnya telah kering berbanding dengan mempunyai RM2.3 bilion semasa beliau melepaskan jawatannya.
Mengenai MV Agusta, Tengku Mahaleel berkata adalah salah untuk Proton menyatakan syarikat motosikal itu sedang berada dalam keadaan untuk menjadi muflis kerana ia telah muflis semasa Proton membelinya.
Mengenai dakwaan bahawa pengurusan terdahulu Proton tiada kemahiran, beliau meminta lembaga pengarah barunya supaya menjelaskan bagaimana harga saham Proton turun dari RM8.80 pada Disember 2004 kepada RM5.50 pada Mac 2006, dan kenapa lebih 60 peratus pengurusan atasannya meninggalkan syarikat itu semasa tempoh lembaga pengarah baru itu mengendalikan Proton.
Beliau turut mempersoalkan rasa terkejut lembaga pengarah Proton mengenai kuasa veto pemegang saham minoriti MV Agusta apabila terma perjanjian pemegang saham, telah pu diberitahu kepada lembaga pengarah itu pada 25 Mei dan 15 Julai 2004.
Tengku Mahaleel berkata, klausa mencegah pencairan bagi saham dalam MV Agusta adalah untuk melindungi kepentingan C. Castiglioni, pengerusinya, jika berlaku langkah untuk menukar syarikat itu kepada lain daripada pengeluar motosikal dan Proton sebenarnya mempunyai kawalan pengurusan sepenuhnya terhadap MV Agusta.
Menurut laporan Bernama, beliau menegaskan demikian dalam satu taklimat yang dijemput olehnya di kediaman beliau di Damansara Height semalam,
Tengku Mahaleel berkata, masih ada soalan utama -- yang dikemukakan olehnya dan bekas Perdana Menteri dan penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad -- yang tidak terjawab.
Siasatan terbuka?
Ditanya sama satu siasatan bebas mungkin boleh menyelesaikan 'perang mulut' yang berterusan berhubung pembelian dan jualan kontroversi pengeluar motosikal Itali MV Agusta oleh Proton Holdings Bhd pada harga satu euro, Tengku Mahaleel menjawab: "Ia satu kemungkinan".
Bercakap dalam satu taklimat yang dijemput olehnya di kediaman beliau di Damansara Height semalam, Tengku Mahaleel berkata, masih ada soalan utama -- yang dikemukakan olehnya dan bekas Perdana Menteri dan penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad -- yang tidak terjawab.
Persoalan yang paling utama ialah kerugian RM500 juta apabila MV Agusta dijual pada harga satu euro. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar kenyataan mengenai pembelian itu dan berakhir dengan penjualan pengeluar motosikal Itali itu.
Proton telah membeli kepentingan 57.75 peratus dalam MV Agusta dalam Dis 2004 pada harga 70 juta euro (kira-kira RM367.6 juta).
Pengurusan semasa Proton berkata jualan kepentingan itu kepada GEVI Spa dari Itali turut membabitkan hutang MV Agusta sebanyak 107 juta euro.
Tengku Mahaleel telah mendakwa bahawa semasa Proton menjual MV Agusta pada harga satu euro, ia sebenarnya mempunyai stok bernilai 60 juta euro kerana jenama itu sendiri mempunyai nilai.
"Ketika para pegawai yang dilantik oleh Khazanah (Nasional), yang menguruskan wang itu bagi pihak rakyat Malaysia dan mengambil kira seruan Perdana Menteri agar dilaksanakan ketelusan, kejujuran dan kecemerlangan, kerugian RM500 juta oleh Proton itu tidak sepatutnya ditutup tanpa menjawab persoalan berkenaan dan diaudit secara bebas," katanya.
Khazanal Nasional memiliki kira-kira 47.8 peratus Proton.
Penjualan MV Agusta
"Siapakah pembelinya, sebuah syarikat motosikal?" tanya Tengku Mahaleel yang masih mahau mengetahui lebih lanjut mengenai GEVI Spa.
"Jika ada tawaran awam, saya sendiri mahu membelinya (MV Agusta) pada harga dua euro," kata Tengku Mahaleel.
Tengku Mahaleel berkata jawapan terbaru Proton mengenai jualan MV Agusta tidak menjelaskan persoalan yang ditimbulkan.
Beliau turut mempertikaikan dakwaan Proton bahawa MV Agusta tiada sinergi dengan Proton atau menyediakan teknologi kepada Proton kerana ini menunjukkan ketidakfahaman mengenai industri auto di pihak Proton.
Menurutnya Honda bermula dari sebuah syarikat motosikal semasa BMW dan Suzuki memiliki syarikat motosikal manakala Yamaha mengeluarkan engin kereta bagi Toyota.
MV Agusta, dakwanya menawarkan Proton peluang untuk mengeluarkan kenderaan seperti "Mini Moke" yang popular dalam 1960-an.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.