Bekalan air dihentikan: Kandungan amonia tinggi di Sungai Semenyih
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertindak segera menghentikan bekalan air ke empat daerah di Selangor pagi ini apabila mengesan kandungan amonia yang tinggi dalam Sungai Semenyih yang membekalkan air ke loji rawatan air Semenyih dan Putrajaya.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertindak segera menghentikan bekalan air ke empat daerah di Selangor pagi ini apabila mengesan kandungan amonia yang tinggi dalam Sungai Semenyih yang membekalkan air ke loji rawatan air Semenyih dan Putrajaya.
Loji tersebut terpaksa ditutup mulai 8.30 pagi disebabkan kandungan amonia yang tinggi berikutan limpahan air kotor mengandungi amonia daripada pusat pelupusan sampah Sungai Chembong yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Menurutu Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata kawasan yang terlibat ialah Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling dan Sepang.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Berikutan kejadian itu, Syabas menasihatkan pengguna agar menggunakan air secara berhemah bagi membantu menjimatkan air di tangki simpanan yang terlibat sehingga masalah itu dapat diselesaikan, katanya.
Menurut laporan Bernama, Rozali berkata pengguna terlibat diminta menghubungi PUSPEL di talian 1 800 88 5252 atau SMS ke 39222 untuk pertanyaan.
Kejadian kedua di Selangor
Syabas juga akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai masalah itu dari semasa ke semasa.
Ini merupakan kejadian kali kedua selepas Sungai Selangor dicemari kandungan amonia yang tinggi, menjadikan punca bau busuk air paip yang dibekalkan ke rumah di Lembah Klang baru-baru ini.
Tahap amonia di Sungai Selangor pada ketika itu dilaporkan mencapai tahap bahaya 9.2mg seliter berbanding kadar yang selamat 1.5mg seliter.
Dalam laporan akhbar bulan lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta syarikat bekalan air supaya memberhentikan pengambilan air sungai jika kualiti bekalan air tidak mencapai standard yang ditetapkan bagi keperluan pengguna.
Ini kerana syarikat bekalan air bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan air sungai yang diambil untuk tujuan bekalan air, dirawat bagi mematuhi standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.