Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRK TG PIAI | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menyampaikan mesejnya bahawa Malaysia adalah untuk semua.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan perpaduan "Makanan Menyatukan Kita" di Pontian hari ini.

"I love you all, saya akan lawan untuk anda semua, jadi menteri untuk semua, dan sama-sama kita akan hidup di bumi bernama Malaysia ini," katanya.

Kira-kira 1,000 orang hadir majlis itu yang menghidangkan antara lainnya, mee goreng, putu mayam dan dim sum.

Salahuddin berkata sebagai warga Malaysia, semua orang berhak mengusahakan tanahnya dan saling menikmati hasil tuaian antara satu sama lain.

"Melayu tanam buah, Cina beli. Cina pergi ke laut Melayu dan India beli.

"Ini lah cara hidup kita patut pertahan, bukan boikot ini boikot itu," katanya.

Beliau juga mengulas mengenai politik perkauman berkata kaum seseorang calon itu hanya penting kepada mereka yang memainkan sentimen sempit itu.

PH mengumumkan akan meletakkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai dan bekas imam Karmaine Sardini sebagai calon pada pilihan raya kecil akan datang.

BN pula menampilkan bekas MP Tanjung Piai selama dua penggal dan Ketua Bahagian MCA Wee Jeck Seng. Parti pembangkang Gerakan dan Berjasa turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi tersebut.

Pengundi Tanjung Piai terdiri daripada 57 peratus Melayu, 42 peratus Cina dan satu peratus India.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS