Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib tak hirau mata bengkak, demi BN hadir di Tg Piai

PRK TG PIAI | Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak tanpa menghiraukan keadaan matanya yang bengkak dilihat hadir memberi sokongan kepada calon gabungan parti itu, Wee Jeck Seng yang bertanding pada.pilihan raya kecil parlimen kali ini.

Ditanya pemberita berkenaan keadaan kesihatannya, Najib memberitahu matanya sudah hampir pulih namun masih “merah” sedikit.

“Mata saya bengkak sikit, cuti sakit saya cuma satu hari saja.

“[...] tetapi saya dah makan ubat, sudah makin pulih,” katanya ketika ditemui pada hari pencalonan di Dewan Jubli Intan, Pontian Johor, hari ini.

Bekas perdana menteri juga berkata sentimen rakyat di Tanjung Piai terhadap sokongan BN turut dilihat positif.

“Kita dah terangkan apa asas kita dah pilih MCA sebagai calon.

“Kita lihat pagi ini (penyokong) yang datang pun berbilang kaum untuk tunjukkan semangat.

“Saya juga dah pergi tiga tempat dan suasana memberangsangkan dan harap kerja keras dan satu padu, tiada sabotaj dan kita jamin calon BN akan menang,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, perbicaraan kes jenayah 1MDB Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguh susulan masalah mata yang dihadapi.

Ini bukan kali pertama kesihatan mata bekas presiden Umno itu menjadi sebab penangguhan perbicaraan kes jenayahnya.

Perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International pada 14 Ogos lalu turut ditangguhkan akibat konjunktivitis mata Najib dan perbicaraan kes 1MDB RM2.28 bilion pada 11 September lalu juga ditangguhkan akibat konjunktivitis pada mata beliau.

Sementara itu, suatu laporan polis terhadap Najib telah dibuat pada 1 November lalu di Pontian oleh Setiausaha Agung NGO Pertubuhan Generasi Milenium, Mohd Faizal Karim.

Mohd Faizal yang dikatakan hadir sebagai pemerhati SPR untuk PRK ini dalam laporan polis yang difailkannya berkata walaupun bekas pedana menteri cuti sakit daripada perbicaraannya di mahkamah tinggi pada Khamis lalu, namun beliau didakwa telah hadir ke Pontian sejak semalam, 1 November.

"Pengadu berpendapat Najib perlu berehat di rumah dan mengapa Najib berada di Pontian sedangkan beliau sedang menjalani cuti sakit.

"Pengadu membuat laporan untuk siasatan pihak berkuasa terhadap Najib.

"Semakan telah dibuat dan dapati Najib telah dijadualkan mempunyai program bersama masyarakat di sekitar Pontian pada 1 November 2019 dari jam 12 tengah hari sehingga 9 malam," kata laporan polis itu.

 

Lihat Komen
ADS