Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Penyelesaian DOJ tak bebaskan Jho Low dari tuduhan jenayah'

Putrajaya menegaskan bahawa perjanjian penyelesaian AS$1 bilion Jho Low dengan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam penyitaan aset berkaitan 1MDB tidak bermakna ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu bebas dari tuduhan jenayah.

Dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penyelesaian antara Jho Low dan DOJ itu hanya menunjukkan bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu telah melakukan kesalahan.

"Sehingga hari ini, ada orang yang masih menafikan bahawa terdapat masalah dalam 1MDB. Yang berkata 1MDB tak ada masalah, itu satu penipuan.

"Tetapi hakikatnya adalah Jho Low, kawan baik sana (pembangkang) sendiri mencapai penyelesaian untuk membuat bayaran. Kalau tak salah kenapa buat bayaran?" kata ahli parlimen Bagan itu.

"Kerajaan ingin menekankan bahawa pembayaran balik hampir AS$1 bilion tidak bermakan beliau (Jho Low) akan terlepas dari tuduhan jenayah atau salah laku," tegas Lim.

DOJ percaya bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB dan sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk mendapatkan semula dana berkenaan.

Apabila Lim meneruskan perbahasan belanjawannya, Shahidan Kassim (BN-Arau) berdiri dan berkata beliau mendengar Lim memetik "1MDB datang" apabila Najib Razak (BN-Pekan) memasuki dewan.

"Ini adalah mala fide, mahkamah masih belum membuat keputusan mengenai 1MDB," kata Shahidan.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof yang bersetuju dengan kenyataan Shahidan meminta Lim menarik balik kenyataannya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS