Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden Iran utus surat kepada Raja Arab Saudi
Diterbitkan:  Nov 5, 2019 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

GLOBAL | Presiden Iran Hassan Rouhani telah mengutus surat kepada Raja Arab Saudi untuk menjalin kerjasama mengenai keamanan serantau, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Tasnim.

"Surat itu berkaitan isu keamanan dan kestabilan serantau," kata jurucakap kerajaan Rabbi Ali pada Isnin.

"Kami percaya hubungan dua hala boleh dijalinkan di rantau ini dan tekanan Amerika Syarikat tidak seharusnya menjadi penghalang hubungan dengan negara jiran," tambah Rabiee.

Pada Sabtu, Kementerian Luar mengumumkan Iran telah mengemukakan pelan perdamaian Hormuz ke negara serantau.

Sebelum ini, Rouhani berkata Inisiatif Perdamaian Hormuz bertujuan mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Hanya kerjasama antara wilayah serantau sahaja yang boleh mewujudkan keamanan itu, tegas Iran.

- Bernama

Lihat Komen
ADS