Dr M kata memang beliau janji tidak campurtangan tapi...
Terjemahan Kenyataan pedas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor, dianggap oleh sesetengah pihak sebagai memungkari janjinya untuk tidak campurtangan dalam pentadbiran negara.
Terjemahan Kenyataan pedas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor, dianggap oleh sesetengah pihak sebagai memungkari janjinya untuk tidak campurtangan dalam pentadbiran negara.
Apabila soalan ini dituju kepada Dr Mahathir yang meletakkan jawatan pada 2003 selepas 22 menjadi Perdana Menteri, beliau berkata: "Mereka fikir, kerana saya sudah memberi jaminan (tidak campurtangan) maka mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka."
"Saya mungkin telah memberi jaminan, tetapi jika ada orang yang mahu menjual Malaysia kepada orang lain...kerana menjual pasir adalah sama seperti menjual tanah kepada orang lain, kerana pasir itu akan digunakan untuk kerja-kerja tambakan.
"Kita telah melakukan satu kesilapan dengan menyerahkan Singapura kepada British. Apakah anda mahu memberi lagi?" katanya.
Ini merupakan komen terbaru Dr Mahathir yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times berhubung pembatalan projek jambatan tersebut yand dirancang sewaktu pemerintahan beliau pada 1996.
Jambatan tersebut dirancang dibina untuk menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia, tetapi kabinet membatalkan projek tersebut kerana kerajaan tidak mahu membekalkan pasir kepada Singapura serta membenarkan pesawat tentera republik itu menggunakan ruang udara Malaysia.
Soal Kedaulatan negara
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau akan terus menekankan bahawa menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia adalah merupakan soal kedaulatan negara.
"Kita telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan, bukan orang-orang ini, sudah tentulah...kita cuba mengembalikan maruah Malaysia. Ia mengambil masa yang panjang untuk mengembalikan maruah bangsa.
"Hari ini, kita dihormati. Tetapi jika kita lakukan ini dan menyerah kepada Singapura, maka kita hilang maruah kita," tambah.
Ahad lalu, Dr Mahathir telah menyuarakan kekecewaannya kerana kurang mendapatkan liputan media berhubung pandangan yang disuarakannya.
Beliau mendakwa, sesetengah akhbar telah menerima panggilan telefon daripada pegawai-pegawai kerajaan mengarahkan mereka "jangan siarkan itu dan ini".
"Di manakah kebebasan akhbar? Saya tahu wartawan juga tidak senang kerana apa yang mereka laporkan, tidak disiarkan.
"Waktu zaman saya, demonstrasi (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilaporkan. Kita tidak pernah telefon mereka supaya jangan menyiarkannya. Kita tidak telefon pihak akhbar.
"Siarkan apa yang saya hendak kata. Apa yang saya kata tidak disiarkan dengan tepat dalam akhbar," katanya.
'Ingat kesilapan Tunku'
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mesti menimbang pandangan dari semua pihak dan bukannya dari orang-orang tertentu sahaja.
"Jika anda tidak mendengar pandangan mereka, anda akan melakukan kesilapan. Jika anda hanya mendengar apa penyokong anda kata, mereka tidak akan mengatakan apa-apa dan anda akan mendapat idea yang salah.
"Ingatlah apa yang berlaku kepada (Perdana Menteri pertama) Tunku (Abdul Rahman) kerana tidak mendengar pandangan orang lain. Contoh terbaru ialah apa yang jadi kepada (bekas Perdana Menteri Thai) Thaksin (Shinawatra).
"Mereka tidak mendengar pandangan rakyat, maka mereka menghadapi masalah. (Jika) ketepikan pandangan rakyat dan anda mungkin beranggapan idea anda itu betul, tetapi suatu hari nanti anda akan dapati yang anda silap," tambahnya.
Mahathir juga menolak cadangan beliau menjadi menteri kanan sepertimana bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.
"Saya tidak akan menjadi menteri kanan atau menteri mentor. Saya gembira menjadi rakyat biasa dan sebagai seorang rakyat biasa, saya akan menyuarakan pandangan saya...Terpulanglah kepada kerajaan untuk menerima atau tidak pandangan saya itu. Sata tidak kisah," tambahnya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.