Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Roti PRK tambah 'perisa' kempen di Tanjung Piai

PRK TG PIAI | Seperti kawasan lain yang diadakan pilihan raya kecil sebelum ini, Tanjung Piai kini menjadi perhatian nasional.

Selain menjadi fokus berita, kawasan itu sendiri meriah dengan jentera dan kempen setiap parti bertanding.

Menambah 'perisa' PRK kali ini, Azlina Husin tampil dengan resepi 'roti PRK' yang diyakini akan mencuri tumpuan sepanjang tempoh kempen.

“Saya buat roti PRK ini sebab kebetulan menjelang pilihan raya. Jadi boleh kata ini satu taktik untuk kedai saya.

“Kedai ini pun dibuka sehari sebelum penamaan calon,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di kedainya di Simpang Tenggayun, Pontian semalam.

Azlina Husin

Roti PRK - atau nama penuhnya 'Perisa Rempah Kami' adalah roti burger yang dibuat sendiri dengan saiz yang lebih besar dan cara pembikian berbeza.

Ia dihidangkan dengan sayur-sayuran, daging, sos dan paling istimewa ramuan rahsia warisan keluarga.

Strategi itu ternyata berjaya apabila Azlina berkata menu itu berjaya menarik kunjungan penduduk tempatan serta petugas kempen.

“Ramai sudah tanya kenapa nama PRK, sebab pilihan rayakah. Nama ini sebenarnya ada maksud dia. Saya pun terangkan, mereka yang tanya pun rasa macam kagum dan nak cuba roti ini

"Kena pula dengan musim pilihan raya, ini yang buat saya gembira," kata anak kelahiran Pontian berusia 54 tahun yang sudah sekian lama menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan.

PRK Tanjung Piai diadakan selepas Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Hari ini merupakan hari keenam kempen dengan semua calon dan parti mula menggiatkan usaha mereka meraih sokongan 52, 986 pengundi.

Hari mengundi ditetapkan pada 16 November ini.

Sementara itu, Azlina berharap sesiapa saja yang menjadi wakil rakyat nanti akan dapat melakukan yang terbaik buat penduduk Tanjung Piai.

“Saya tak kisah siapa menang. Seperti juga penduduk lain, saya harap wakil rakyat nanti dapat bantu kami. Tak minta banyak, cukup jadi pemimpin yang kami boleh bergantung harap,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS