Pembalakan: Orang Asli anjur demonstrasi sebagai ikhtiar terakhir...
Terjemahan Di sebalik laporan mengenai pembalakan 'haram' di kawasan kediaman Orang Asli di Bera, Pahang, wujud masalah serius yang menghantui masyarakat orang Asli kegagalan kerajaan negeri mengiktiraf dan melindungi tanah nenek moyang mereka.
Terjemahan Di sebalik laporan mengenai pembalakan 'haram' di kawasan kediaman Orang Asli di Bera, Pahang, wujud masalah serius yang menghantui masyarakat orang Asli kegagalan kerajaan negeri mengiktiraf dan melindungi tanah nenek moyang mereka.
Semalam, pihak media menyiarkan bantahan masyarakat Semelai dari Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam, yang diadakan Ahad lalu. Kira-kira 300 orang berkhemah di satu-satu jalan masuk ke tapak pembalakan itu di mana hampir 400 tan balak dikatakan telah ditebang.
Mereka mendakwa telah menetap di tanah nenek moyang mereka itu yang direkod oleh Jabatan Halehwal Orang Asli (JHEOA) seluas 2,023.47 hektar sejak sekian lama.
Mereka mendakwa para pembalak telah penceroboh masuk ke kawasan berkenaan dan telah menebang kayu balak di kawasan seluas di sekurang-kurangnya 69.8 hektar.
Mereka juga mendakwa, pokok dan sumber alam lain yang selama ini menjadi sumber kehidupan mereka, serta kawasan perkuburan dan kawasan suci yang lain, telah dicerobohi.
Siasatan lanjut mendapati, Jabatan Perhutanan negeri, telah mengeluarkan permit kepada kontraktor pembalakan tersebut untuk membalak kira-kira 1,000 tan balak di kawasan terbabit.
Menurut laporan akhbar New Straits Times, syarikat berkenaan telah menafi melakukan sebarang kesalahan dan berkata kesahan permit untuknya membalak, boleh disemak dengan Jabatan Perhutanan dan pejabat tanah.
'Orang luar'
Seorang penduduk Bob Manolan, bagaimanapun, mendakwa 202 hektar telah diserahkan oleh pihak berkuasa negeri kepada "orang luar" penduduk Bukit Papan bersebelahan perkampungan mereka yang kemudiannya telah menyerahkan kontrak tersebut kepada syarikat berkenaan.
Menurutnya lagi, penduduk terbabit telah diberi kawasan penempatan di bawah Skim Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan, Bob juga merupakan bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Suku kaum Semelai itu telah membawa perkara tersebut kepada Pejabat Menteri Besar Pahang, JHEOA dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), di samping membuat laporan di balai polis Bera bagi menghentikan kegiatan itu.
Kini sudah lebih dua tahun berlalu, tetapi tiada sebarang tidakan diambil, kata Bob.
"Kerana tiada ikhtiar lain, maka penduduk terpaksa melakukan ini (mengadakan bantahan)," katanya mengenai demonstrasi yang diadakan Ahad lalu.
"Kami tahu, kerajaan negeri dan JHEOA boleh mengeluarkan hakmilik tanah, walaupun ia membabitkan tanah Orang Asli. Tapi mereka lakukan ini tanpa berunding dengan Orang Asli, tanpa mengetahui apa yang terdapat di kawasan tersebut (sumber kehidupan Orang Asli)," katanya.
Isu teras
Pengarah Pusat Prihatin Orang Asli, Colin Nicholas berkata, isu di Bera, telah menjadikan Orang Asli sebagai mangsa berikutan kegagalan pihak berkuasa untuk melindungi tanah nenek moyang mereka.
"Kerana hak mereka ke atas tanah tersebut tidak diiktiraf, maka (pihak berkuasa negeri) membenarkan kayu balak diambil dari kawasan berkenaan. Kerajaan tidak melihatnya sebagai tanah milik Orang Asli walaupun kawasan berkenaan telah ditanda.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk melindungi tanah berkenaan dengan mewartakannya, memberi halmilik atau menjamin statusnya. Sebaliknya bagi mereka, ia adalah tanah negeri dan memberi kepada orang lain.
"Kerana kelalaiannya untuk mewarta atau melindungi tanah Orang Asli, maka Orang Asli akhirnya menjadi mangsa kepada kelalaian tersebut," katanya.
Tahun lalu, Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar mendedahkan lebih separuh daripada 50,008 hektar tanah di Semenanjung Malaysia diluluskan sebagai tanah simpanan Orang Asli, tetapi masih belum diwartakan.
Banyak permohonan untuk pengwartaan itu telah ditangguhkan sesetengahnya lebih tiga dekad. Oleh itu, status tanah Orang Asli boleh dibatakan oleh tujuan pembangunan oleh kerajaan negeri dan tujuan komersil yang lain. Berita asal
--------------------------------------------------------------------------------
Gambar ehsan Colin Nicholas


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.