Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Susah sikit tanpa polis pengiring tapi Najib tetap kempen di Tg Piai

PRK TG PIAI | Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak mengakui sedikit menyusahkan dengan ketiadaan kereta polis pengiring.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan mematahkan semangat bekas perdana menteri itu untuk terus membantu kempen calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

"Saya sudah jelaskan semalam saya dapat surat tiba-tiba tanpa apa-apa sebab diberikan.

“Ia sedikit menyusahkan tetapi saya akan tolong calon untuk kempen juga,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi ramah mesra bersama pengundi di Pasaraya Econsave Pontian hari ini. 

Jelasnya, tindakan menarik balik khidmat pengiring itu juga tidak akan memberikan kesan buatnya.

Semalam, pihak polis berkata perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada Najib ditarik balik selepas surat dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kepada pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias menjelaskan Najib masih boleh memohon penggunaan pengiring trafik bermotosikal untuk urusan rasmi, namun bukan untuk hal peribadi dan parti.

Pada Mei tahun lalu, khidmat anggota keselamatan Najib yang kebanyakan terdiri daripada anggota polis juga ditarik balik.

Keadaan serupa juga dialami Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen menentang Najib pada 2016, yang menyaksikan hak istimewa diberikan kepadanya ditarik balik.

Sementara itu orang ramai yang berada di pasaraya Econsave hari ini memberikan sambutan cukup hangat terhadap kehadiran Najib dan calon BN, Wee Jeck Seng.

Ramai penyokong dilihat mengambil kesempatan untuk berswafoto bersama Najib atau lebih popular dengan gelaran “Bossku” itu. 

PRK Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Karmaine Sardini, Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (Gerakan), Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) serta dua calon bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

SPR menetapkan tempoh kempen selama 14 hari dengan tarikh mengundi pada 16 November manakala 12 November ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

Lihat Komen
ADS