Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tembak penunjuk perasaan, huru-hara di Hong Kong

GLOBAL l Polis Hong Kong melepaskan tembakan yang mecederakan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan hari ini, lapor media.

Keadaan huru hara meletus di seluruh bandar sehari selepas anggota polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi prodemokrasi yang berlarutan selama enam bulan.

Menurut Cable TV dan media Hong Kong yang lain, kejadian di timur pulau Hong Kong hari ini, polis melepaskan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan mengakibatkan seorang tercedera.

Polis enggan mengulas ketika dihubungi oleh Reuters.

Perkhidmatan beberapa keretapi dan keretapi bawah tanah turut terganggu awal, dengan polis pencegah rusuhan ditempatkan berhampiran stesen dan pusat membeli-belah.

Penunjuk perasaan memasang penghadang di beberapa lokasi di seluruh bandar itu dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang di beberapa kawasan.

Mereka turut menyekat jalan dan pusat membeli-belah di Wilayah Baru Hong Kong dan semenanjung Kowloon, semalam.

Kekacauan terbaru itu tercetus selepas seorang pelajar disahkan meninggal dunia di hospital minggu lalu akibat terjatuh dari tempat tempat tinggi ketika cuba melarikan diri dari pihak berkuasa.

Tunjuk perasaan berlarutan di bekas koloni British itu selepas penduduk berang dengan keganasan polis dan campur tangan Beijing dalam pentadbiran Hong Kong yang mengamalkan formula ‘satu negara, dua sistem’ sebaik diserahkan kembali kepada China pada 1997.

- Reuters

Lihat Komen
ADS