Malaysiakini
BERITA

Ketua Audit Negara dahului senarai penerima pingat Kelantan

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Nov 2019, 12:02 tengahari

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Kelantan bersempena Perayaan Ulang Tahun ke-50 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang berlangsung di Istana Balai Besar di Kota Bharu, hari ini.

Nik Azman dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).

Darjah kebesaran sama turut diberikan kepada Penasihat Undang-undang Kelantan Shahidani Abd Aziz.

Tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) iaitu Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Dr Azhari Mohamed; Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kerja Raya, Mohamad Zulkefly Sulaiman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohammad Mentek.

Dua belas individu pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff; Setiausaha Majlis Jaksa Pendamai Kelantan, Mohd Riduan Junoh; Pegawai Khas Pejabat Sultan Kelantan, Nik Pakheruddin Nik Kadir; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor, Prof Emeritus Dr Muhamad Awang; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar; ahli perniagaan, Chook Wei Luen; dan pakar perubatan, Dr Tan Ken Leon.

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah doktor Klinik Krai, Dr JP Kamalanathan; ahli perniagaan, MA Tinagaran a/l Arumugam; peguam kanan merangkap Timbalan Rakan Kongsi Pengurusan Tetuan Azmi & Associates, Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan; dan Naib Presiden Eksekutif Etiqa Takaful Berhad [email protected] Che Lamin.

Empat individu dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) iaitu Pengarah Artileri, Markas Tentera Darat, Brig Jen Ibrahim Yasir; Panglima 8 Briged, Markas Briged Kelapan Infantri, Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri; Panglima Briged Artileri Roket, Markas Briged Artileri Roket, Brig Jen Zulkefale A Rahman; dan Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Ackbal Abdul Samad.

Pada istiadat sama, 11 individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Pegawai Eksekutif, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Adenan Che Semail; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Noor-Ihsan Che Mat; Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Hasnan Yusop.

Pengarah Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara, Mohamed Ziadi Zakaria; Timbalan Ketua Nazir (Perancangan) Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan, Muhammad Zahari Othman; Ketua Jajahan Gua Musang, Norazman Abd Ghani; pakar anestesiologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Dr Wan Nasrudin Wan Ismail; pakar kardiologi HRPZII Dr Mansor Yahya; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Noor Azizi Ismail; dan Timbalan Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara Suhara Salleh.

Selain itu, 58 individu pula menerima Darjah Kebesaran Kelantan Kelas Ketiga, 59 individu menerima Darjah Kebesaran Kelantan Kelas Keempat, 60 individu menerima Darjah Kebesaran Kelantan Kelas Kelima, manakala seramai 165 individu pula akan menerima Bintang-bintang selain 242 inidividu menerima pingat-pingat dan surat kepujian.

Istiadat penganugerahan dilakukan dalam dua sesi iaitu seramai 216 individu akan menerima anugerah masing-masing pada hari ini manakala bakinya akan menerima anugerah pada Mac tahun depan.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan