Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pihak berkuasa penerbangan AS turunkan penarafan keselamatan udara Malaysia
Diterbitkan:  Nov 11, 2019 8:02 PM
Dikemaskini: 12:02 PM

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS telah menurunkan penarafan keselamatan udara Malaysia, yang menyekat syarikat penerbangan negara daripada menambah penerbangan ke Amerika Syarikat.

Laporan Reuters memetik empat sumber yang berpengetahuan dengan perkara itu pada Isnin.

Malaysia diturunkan ke kategori 2, kata sumber itu, yang tidak didedahkan identitinya selepas mereka dilarang berkomunikasi dengan pihak media.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia tidak tersedia untuk memberi sebarang ulasan dengan segera.

Dengan penarafan yang baru bermakna penerbangan daripada Malaysia tidak dapat memulakan perkidmatan baru dan dihadkan kepada tahap sekarang terhadap setiap perkhidmatan sedia ada ke Amerika Syarikat.

Pesawat dari Malaysia juga boleh dikenakan pemeriksaan tambahan di lapangan terbang AS.

Lihat Komen
ADS