Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK TG PIAI | Semalam Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertahankan Pakatan Harapan (PH) di tengah-tengah sentimen masyarakat Cina yang kurang berpihak kepada gabungan itu.

Berucap di program ceramah di Pekan Nanas, Anwar mengakui masih ada masalah dalam kerajaan, termasuk sesetangah di dalamnya yang bertindak "lebih Umno" daripada parti itu sendiri.

Bagaimanapun beliau berkata ia sebahagian daripada proses dan kerajaan perlu diberi masa untuk menanganinya dan isu-isu lain.

"Orang kata "kita mahu ajar kerajaan sedikit supaya dia tahu (ada) pembangkang'.

"Orang Cina tidak suka, mereka sokong PH tetapi tak gembira. Orang Melayu pula ingat kita sudah (jadi) DAP dan saya sudah jadi ahli DAP," katanya.

Sejumlah pengundi Cina yang ditemui Malaysiakini di Tanjung Piai membayangkan wujud rasa tidak puas hati yang akan menyebabkan undi protes kepada PH.

Sumber Bersatu mengatakan laporan dalaman menunjukkan sokongan orang Cina kian merosot sementara sokongan Melayu semakin baik.


Baca'Beri pengajaran pada PH' - Kemungkinan protes pengundi Cina di Tg Piai


Anwar berkata, beliau diberitahu ada sentimen anti-DAP yang kuat di sesetengah bahagian dan beliau menyangkal perkara itu.

"Sesetengah orang cakap semua masalah DAP...Apa dia (maksudkan dengan) semua (salah) DAP? Kenapa kita nak bermusuh dengan DAP?

"Kalau DAP curi duit kita lawan, kalau DAP korup kita lawan. Tapi kalau dia bersama dengan kita pakat tolong rakyat, kita sokong," katanya disambut tepukan kira-kira 400 hadirin.

Mesej sama disampaikan anggota parlimen Port Dickson itu ketika berucap di program ceramah utama PH berdekatan bandar Pontian, yang dihadiri 700 orang.

Ia merupakan jumlah terbesar dalam program ceramah PH sepanjang kempen PRK Tanjung Piai setakat ini.

Lihat Komen
ADS