Terjemahan Reaksi pembaca terhadap sidang akhbar oleh bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dakwaannya Singapura telahpun bersetuju dengan pembinaan jambatan baru itu. Ada yang bertanya mengapa hanya baru sekarang Matthias Chang memilih untuk bercakap mengenainya.

I Must Be Stupid : Selepas membuat pembentangan yang hebat, Matthias Chang merumus isu tersebut dengan cukup baik sekali. Saya petik:

"Siapa yang lantik beliau sebagai Menteri Luar? Mahathir," he said.

Tentu ada yang bertanya-tanya mengapa Chang tidak dilantik sebagai ketua perunding, memandangkan beliau seorang yang bijak dan nampaknya lebih tahu isu tersebut daripada Syed Hamid.

Lagi pun, ianya menjadi tanggungjawab bos untuk memberi tugas yang betul kepada orang yang betul? Jadi, jangan salahkan orang lain apabila tugasan itu diberi kepada orang yang salah.

Joe Public: Jika Matthias Chang mahukan publisiti, dia berjaya memperolehinya hampir 100% apabila Bernama dan The Star melaporkan komennya. TV3 tidak sebut langsung mengenainya.

Tidak ramai yang pernah mendengar namanya, sehinggalah tiba-tiba sahaja dia menjadi pembantu khas kepada PM mengenai hal-ehwal mesyarakat Cina. Dia bukan seorang cendiakawan Cina dan saya sangsi hubungannya dengan persatuan dan badan pendidikan Cina, dalah begitu baik sekali sehingga beliau layak dilantik ke jawatan tersebut.

Oleh itu, kepada ramai orang, mereka bertanya: "Siapakah orang ini".

Pastinya, beliau akan memperoleh ramai musuh berikutan kenyataan pedasnya berhubung isu pembinaan jambatan baru itu.

Sebagaimana dia bertanya Syed Hamid, maka mengapa dia harus menunggu hingga sekarang untuk menyatakan projek jambatan itu boleh diteruskan? Saya sendiri tertanya-tanya mengapa dia tidak menggunakan pengaruhnya ketika itu, untuk mencapai matlamat tuannya?

Jika dia menyokong pembinaan jambatan lurus untuk menggantikan Tambak Johor pada masa hadapan, sepertimana yang dicadangkan oleh bekas PM Singapure, saya mungkin menyokongnya. Tetapi jika dia menyokong pembinaan jambatan bengkok, maka dia juga seteruk tuannya.

LS Kong: Pembantu eh? Sentiasa berbisik ke telinga maharaja...

Saya tertanya-tanya di manakan orang ini ketika rundingan bekalan air dengan Singapura diadakan dan sewaktu pelbagai drama 'wayang kulit' dengan republik tersebut. Siapakah menteri luar ketika itu?

Di manakah dia ketika kelemahan dalam sistem kewangan negara telah dieksploitasi oleh George Soros?

Di manakah dia apabila pegawai paling kanan di negara itu mengakibatkan seseorang lebam mata ketika berada dalam tahanan polis?

Apabila penduduk Sabah bertambah dua kali ganda sewaktu zaman pemerintahan tuannya, di manakah dia? Berita asal