PKR, NGO: Mampukah polis pantau sendiri pasukannya?
Terjemahan Dapatkah anggota polis memantau sendiri perkhidmatan itu tanpa sebuah suruhanjaya bebas polis? Itulah yang ingin diketahui oleh Parti Keadilan Rakyat Youth (PKR) dan lapan buah badan bukan kerajaan (NGO).
Terjemahan Dapatkah anggota polis memantau sendiri perkhidmatan itu tanpa sebuah suruhanjaya bebas polis? Itulah yang ingin diketahui oleh Parti Keadilan Rakyat Youth (PKR) dan lapan buah badan bukan kerajaan (NGO).
Dengan mengambil kes G Francis Udayappan sebagai contohnya, mereka mahu melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Ketua Polis Negara yang sebelumnya menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Musa Hassan (foto), kerana mendakwa pada bulan Mei 2004 bahawa Francis masih hidup.
Mereka mendakwa Musa telah mengelirukan rakyat dengan mengumumkan polis sedang menyiasat perkara tersebut sebagai kes 'orang hilang', satu kenyataan yang secara tidak langsung dibuktikan sebagai tidak betul di mahkamah majistret baru-baru.
Hari ini, PKR dan lapan NGO telah mengemukakan nota bantahan kepada Pengarah Jabatan Tatatertib Polis dai Bukit Aman berhubung cara kes itu dikendalikan.
Nota bantahan itu diterima oleh Ketua Inspektor K Ramia bagi pihak jabatan berkenaan. Turut hadir ialah ibu Francis, Sara Lily.
Nota itu mendakwa, pihak polis tidak membuat susulan terhadap kes 'orang hilang' itu dan dengan demikian, tidak siapa pun yang bertanggungjawab bagi kematian Francis.
Oleh itu, mereka mahu Musa digantung perkhidmatannya dan beliau tidak boleh dilantik sebagai KPN pada masa depan kerana "tidak bertanggungjawab, tidak cekap dan membuat kenyataan palsu".
Pada 23 Mei 2004, mayat yang sudah reput yang memakai baju lokap polis ditemui di Sungai Klang. Sara mendakwa, anaknya telah dipukul semasa dalam tahanan di balai polis Brickfields dan mayatnya kemudian dicampak ke dalam sungai.
Pertikaian mengenai identiti mayat tersebut berterusan selama dua tahun, sehinggalah inkues penghakiman pada 7 April itu memihak kepada tuntutan Sara, tetapi menyatakan tidak unsur-unsur jenayah dalam kes berkenaan.
Pulihkan integriti
Exco Pemuda PKR, Khairul Anuar, ketika menggesa pihak polis menyiasat aduan mereka, memberitahu wartawan bahawa pasukan polis sedang menghadapi 'krisis integriti'.
"Adalah jelas, Francis telah mati dan mayatnya 'ditahan' selama dua tahun. Namun begitu, Musa berkata dia masih hidup," katanya sambil menambah kes tersebut menunjukkan perlunya diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku polis.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Penerangan PKR, Badrul Hisham yang turut menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan wakil polis untuk menemui mereka.
"Pihak polis selalu menghantar wakil rakyat India (Malaysia), setiap kami mengenengahkan isu ini. Tetapi ini bukan isu orang India sahaja. Francis adalah seorang manusia! Dan ini merupakan satu kes jenayah yang serius.
Peguam Sara, N Surendran berkata pelanggannya itu telah berikrar untuk menggunakan semua ruang perundangan yang ada, malah menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agung, untuk mendapatkan keadilan untuk anaknya, kerana dia tidak mahu ibu-ibu lain mengalami nasib yang sama dengannya.
Inkues tersebut mencatatkan punca kematian sebagai "tidak pasti". Sarah telahpun memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Badan-badan lain yang turut menyokong penghantaran nota bantahan tersebut ialah Parti Reformasi Insan Malaysia, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Pemantauan Polis, Pelindung Hak Asasi Manusia, Badan Menentang Hukuman Mati Malaysia, Majlis Perundingan India, Jawatankuasa Perundingan Hindu, Jawatankuasa Sementara Menentang Kematian Dalam Tahanan polis dan ditembak oleh Polis serba Awas.Polis. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.