Meskipun Muafakat Nasional menggambarkan pentadbiran Pakatan Harapan sebagai gagal, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata organisasi berwibawa di luar negara berkata sebaliknya.

Merujuk kepada indeks terbaru Ease of Doing Business, Bank Dunia, Lim berkata Malaysia telah menaiki tiga tangga pada 2019.

Lim juga berkata bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling meningkat dalam Worldwide Governance Indicators (WGI) Bank Dunia untuk tahun 2018.

Ini, kata Lim, boleh dikaitkan dengan pembaharuan institusi yang dijalankan sepanjang tempoh 18 bulan lalu.

WGI adalah berdasarkan pada hasil kajian di 214 negara yang mengukur enam dimensi: Kebertanggungjawaban, kestabilan politik, keberkesanan kerajaan, kualiti pengawalseliaan, kedaulatan undang-undang dan rasuah.

Bagi tahun 2018, Malaysia mencatatakan keputusan lebih baik dalam semua kategori kecuali untuk "kualiti pengawalseliaan" yang kekal pada status quo.

Malaysia juga mencatatkan skor terbaiknya di bawah dimensi "suara dan akauntabiliti" dan "kedaulatan undang-undang" bagi tahun 2018.

Lim juga menjangkakan Malaysia akan mencatatakan skor terbaiknya dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (TI CPI) apabila laporannya dikeluarkan awal tahun depan.

[Baca berita penuh]