Satu taklimat kepekaan gender untuk Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah diadakan di Bangunan Parlimen semalam bagi memberi pendedahan mengenai perbezaan antara gender dan jantina, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata taklimat oleh kementeriannya melalui Jabatan Pembangunan Wanita itu penting supaya sebagai pembuat dasar, mereka faham dan lebih peka terhadap keperluan gender dan jantina yang berbeza serta membantu mereka menjadi lebih sensitif semasa sesi perbahasan.

"Taklimat ini juga menjelaskan kekeliruan sehingga wujud diskriminasi terhadap potensi seseorang individu apabila tidak diberi peluang yang sepatutnya dalam kerjaya, pilihan hidup malah memberi kesan kepada isu keganasan rumahtangga," katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama