Matthias Chang jadi sasaran ahli Parlimen
Terjemahan Pembantu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menjadi sasaran kerana mendesak Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek jambatan indah.
Terjemahan Pembantu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menjadi sasaran kerana mendesak Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek jambatan indah.
Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Matthias Chang bekas setiausaha politik Dr Mahathir bagi halehwal masyarakat Cina mendesak Syed Hamid meletakkan jawatan kerana didakwanya telah 'memberi nasihat yang salah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kita mesti ingat masa sudah berubah, keadaannya juga sudah berubah, dia tidak boleh berpegang kepada yang dia tahu ketika itu [...] mungkin kini ada perkembangan semasa yang dia tidak mungkin tahu," kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Joseph Salang Gandum kepada malaysiakini ketika ditemui hari ini.
Sambil menegaskan bahawa kabinet sudah lama membincangkan perkara tersebut, Joseph berkata Chang berhak menyuarakan pandangannya, namun begitu, beliau tidak bersetuju dengan cara Chang melakukan dengan memanggil sidang media.
"Adalah lebih baik baginya sebagai seorang yang mendakwa mengetahui banyak perkara mengenai subjek tersebut bertemu dengan menteri dan dapatkan maklumat lanjut...daripada memanggil sidang media. Adalah mudah untuk mendesak seseorang itu meletak jawatan [...] Saya tidak fikirnya ianya adil," tambahnya.
Ahli Parlimen MCA turut mengecam Chang kerana mensasarkan Syed Hamid, sambil menyifatkan tindakan Chang itu tidak bersesuaian kerana keputusan kerajaan untuk membatalkan projek tersebut, dibuat secara bersama oleh anggota kabinet.
"Tindakan Chang itu tidak masuk akal. Tidak ada langsung cadangan yang membina dan dia hanya mengelirukan rakyat. (Dia melakukannya) sebagai satu peluang untuk kepentingan politik," kata kenyataan yang dibaca oleh Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) bagi pihak ahli Parlimen MCA yang lain.
Apakah agendanya?
Beliau juga berkata, keputusan untuk membatalkan pembinaan jambatan indah itu tidak boleh dianggap sebagai "menjual maruah negara" dan Perdana Menteri sekarang tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Perdana Menteri sebelumnya.
Bekas menteri, Datuk Dr Ting Chew Peh (BN-Gopeng) turut mengkritik Chang kerana "mensasar salah orang".
Datuk Zaid Ibrahim (BN-Kota Bharu) turut berkongsi pendapat yang sama, sambil menambah, adalah tidak sesuai untuk meletakkan kesalahan itu di atas bahu Syed Hamid semata-mata.
"Isunya bukan mengenai Syed Hamid sahaja. Saya rasa pihak kerajaan telah memperjelaskan mengapa keputusan tersebut diambil. Jika kerajaan menjelaskannya, rakyat boleh membuat rumusan mereka sendiri," katanya.
Seorang ahli Parlimen pembangkang pula mempersoalkan 'agenda' Chang di sebalik tindakannya memanggil sidang media.
"Memandangkan projek jambatan tersebut dicadangkan oleh bekas bosnya, maka tindakannya itu akan merumitkan lagi perkara tersebut. Ia seolah-olah menunjukkan Dr Mahathir menggunakan proksi dan ini akan dilihat sebagai satu campurtangan terhadap kerajaan sekarang," kata Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong). Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.