Kjaan beri jaminan harga minyak tidak naik tahun ini
Kerajaan sekali lagi memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel walaupun paras harga minyak semasa dunia telah mencecah melebihi AS$70 setong.
Kerajaan sekali lagi memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel walaupun paras harga minyak semasa dunia telah mencecah melebihi AS$70 setong.
Dan ini sekaligus menyaksikan peningkatan tanggungan subsidi kerajaan terhadap bahan bakar bagi kegunaan rakyat.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jaminan itu tetap kekal iaitu tiada lagi kenaikan harga minyak sepanjang tahun ini.
"Kita masih tetap dengan pengakuan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini bahawa harga minyak tak akan dinaikkan sepanjang tahun ini walaupun harga minyak melebihi AS$70 setong.
"Pada masa kita menaikkan harga minyak petrol, diesel, LPG baru-baru ini (28 Februari) harga minyak pada masa itu dalam lingkungan AS$61 setong.
"Walaupun harga minyak meningkat di pasaran dunia sekarang, harga minyak yang ada dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat latihan pengaman Malaysia (PLPM) di sini hari ini.
Menurut laporan Berama,kenaikan terakhir harga minyak dalam negara pada 28 Februari lalu yang menyaksikan kenaikan 30 sen bagi setiap liter petrol berpunca daripada harga minyak dunia mencecah AS$60 setong.
Kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion setahun bagi menyerap peningkatan harga minyak dunia itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.