Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakyat Perlis paling ramai hidap kencing manis
Diterbitkan:  Nov 17, 2019 3:31 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk.

Sehubungan itu, penduduk negeri itu dinasihat supaya tidak mengambil makanan atau minuman mempunyai banyak gula yang berisiko tinggi terkena penyakit berkenaan.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kangar, Zaferidin Hashim berkata demikian semasa memberi ceramah kesihatan anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara di Kawasan Rukun Tetangga Taman Guru Jaya di Kangar, hari ini.

Beliau turut menyarankan orang ramai supaya banyak memakan ulam yang boleh membantu menolak bahan makanan yang membahayakan usus.

Dalam pada itu, kata Zaferidin, lebih wajar jika setiap makanan dimasak sendiri kerana kesegarannya lebih terjamin tanpa dimasukkan bahan perisa yang berlebihan sehingga memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Katanya, sebagai pengguna orang ramai mempunyai hak memastikan kualiti makanan yang dijual di kedai makan dalam keadaan baik, selain memberi nasihat kepada pemilik premis makanan untuk menjaga kebersihan tempat ​​​memasak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS