Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PARLIMEN | Wee Jeck Seng hari ini menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai yang baru selepas memenangi pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu lalu.

Wee mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Wee pernah menyandang kerusi tersebut sebanyak dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).

Kelmarin beliau kembali memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 15,086 undi mengalahkan lima calon lain, termasuk wakil PH, Karmaine Sardini.

Dengan kemenangan Wee, MCA kini mempunyai dua ahli parlimen di Dewan Rakyat. Seorang lagi ialah Presiden MCA, Wee Ka Siong yang merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor.

Terdahulu, Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada Wee dipilih sebagai ahli parlimen.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Wee Jeck Seng kerana memenangi PRK Tanjung Piai pada Sabtu 16 Nov yang lalu.

"Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam menentukan undang-undang negara dengan bertujuan memberikan manfaat terbesar kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Saya yakin ahli yang berhormat akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat terhormat dengan seperti yang tertuntut keluhuran institusi ini. Semoga ahli dapat berkhidmat dengan cemerlang," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS