Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan kecoh, speaker beri amaran: ‘Ini soal jawab, bukan debat’

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof memperingkatkan ahli parlimen bahawa sesi soal jawab di parlimen tidak sepatutnya dijadikan sebagai sesi perbahasan.

"Ini sesi soal jawab bukan debat. Kita hari ini ingin mendengar sesi soal dan jawab," tegas beliau selepas sesi soal jawab pagi menjadi kecoh ketika Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menjawab satu soalan tambahan ahli parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah.

Ketika menjawab, Teo yang juga ahli parlimen Kulai, berkata bahawa kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang dasar untuk menghalang ahli pembangkang.

"Dalam hal ini kementerian telah mengeluarkan garis panduan kepada pentadbir sekolah melalui surat pekeliling iktisas.

Ahli Parlimen PAS Awang Hashim, tidak puas hati dengan jawapan timbalan menteri, berkata: "Semua guna duit negara. Bayar cukai".

Teo Nie Ching 

Dewan menjadi kecoh selepas Teo membalas dengan bertanya: "Saya nak tanya semasa BN menjadi kerajaan pernah tak menjemput ahli parlimen Kulai?”

Ahli parlimen Arau Shahidan Kassim menuduh soalan timbalan menteri sebagai provokasi.

Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Noh Omar (Tanjung Karang), Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Azalina Othman (Pengerang) jelas tidak puas hati dengan soalan Teo menuduh beliau sebagai cuba mengelirukan sesi soal jawab.

Mohamad Ariff mententeramkan dewan dengan meminta timbalan menteri untuk meneruskan menjawab satu lagi soalan tambahan Mohd Shahar berkenaan isu ucapan berbaur perkauman di sekolah.

Tajuddin Abdul Rahman 

Namun, dewan sekali lagi menjadi tegang, apabila Tajuddin menuduh DAP membuat ucapan perkauman, Teo memberitahu Tajuddin tarik balik atau menunjukkan bukti bahawa DAP membuat ucapan perkauman.

Walaupun, speaker meminta Tajuddin untuk tarik balik kerana tuduhan terhadap DAP tidak munasabah, tapi Tajuddin enggan menarik balik.

Kenyataan Tajuddin, turut disokong oleh Shahidan, Noh Omar bahawa PH ketika pembangkang sering menuduh BN sebagai penipu dan perompak dan tidak pernah menarik balik.

Tindakan Tajuddin juga mengakibatkan pertikaman lidah antara pemimpin Umno dengan wakil rakyat DAP.

Speaker sekali lagi mengingatkan bahawa ahli parlimen tidak perlu berdebat kerana ini hanya sesi soal jawab.

"Saya ingin sekali lagi menegaskan ini sesi soal jawab bukan sesi perbahasan.

"Kalau begitu (ahli pembangkang tidak beri peluang kepada Teo untuk menjawab) timbalan menteri tidak perlu jawablah. Kalau ada bukti (jawapan tidak betul) tulis lah kepada saya. Buat usul."

"Kita seharusnya mendengar soalan dan jawapan yang khusus hari ini. Kalau nak berbahas cari forum lainlah. Waktu lain," tambahnya.

Beliau meminta ahli parlimen Selayang William Leong untuk meneruskan soalan seterusnya.

Lihat Komen
ADS