Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam negara arah kes Beng Hock disiasat semula
Diterbitkan:  Nov 18, 2019 4:09 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Peguam Negara Tommy Thomas mengarahkan kes laporan kematian mengejut Teoh Beng Hock disiasat semula bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah), kata Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin.

Noor Azam berkata polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman bagi menyiasat perkara itu.

Siasatan semula itu bagi dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kematian mendiang adalah kesalahan jenayah, mendiang jatuh dari bagunan kerana tindakan menyalahi undang-undang dan didorong pihak tidak dikenali termasuk pegawai SPRM dan mendiang ditahan secara konstruktif.

Berdasarkan seksyen itu, sesiapa yang mengurung mana-mana individu secara salah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut polis, setakat ini lima pihak telah dirakamkan percakapan mereka, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan peguam M Manoharan.

Penulis Tricia Teoh yang membangkitkan isu kematian mendiang dalam akhbar pada Julai lalu akan turut dipanggil membantu siasatan.

Noor Azam Jamaludin

"Pihak polis juga akan memanggil beberapa saksi awam termasuk SPRM bagi siasatan lanjut untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat ini.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dari masa ke semasa,” kata Noor Azam.

Lihat Komen
ADS