Ghafar Baba dalam keadaan tenat
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba dalam keadaan tenat dan kini tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Kuala Lumpur.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba dalam keadaan tenat dan kini tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Kuala Lumpur.
Ghafar, bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 81 itu, kini menerima penjagaan dan rawatan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 24 Jan lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara mereka datang melawat Ghafar hari di pusat rawatan tersebut.
Ghafar, 81, kini tidak sedarkan diri dan terus menerima penjagaan dan rawatan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 24 Januari lalu.
Menurut laporan Bernama, Najib tiba di GIMC dari Port Dickson pada jam 12 tengah hari dan melawat Ghafar di ICU selama 35 minit sebelum pulang.
Antara mereka yang melawat Ghafar ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bersama keluarga
Ketua Pegawai Eksekutif GIMC Stuart J.V.Pack memberitahu sidang akhbar bahawa keluarga Ghafar perlu dibiarkan bersendirian tanpa sebarangan gangguan.
"Inilah masa di mana kaum keluarga perlu berada dekat dengan Tun. Saya harap anda semua boleh memberi Tun dan keluarganya masa yang diperlukan untuk bersendirian," katanya.
Stuart juga berkata kaum keluarga terdekat telah meraikan hari lahir Ghafar di pusat itu pada 18 Februari lalu.
Sementara itu, anak lelaki sulung Ghafar, Tamrin berkata, keadaan bapanya adalah kritikal dan meminta semua rakyat berbilang agama di negara ini supaya mendoakan supaya bapanya pulih.
"Tun memang tenat, kita hanya berdoa dan akan hadapi apa-apa yang bakal berlaku," katanya.
Sejak Oktober lalu, Ghafar telah menerima beberapa siri rawatan di Hospital Pantai selepas menghadapi serangan jantung dan komplikasi paru-paru.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.