Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim tetap pendirian MCA perlu lepaskan TAR UC
Diterbitkan:  Nov 18, 2019 8:47 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kekal dengan pendirian bahawa kerajaan akan menyalurkan lebih peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di bawah Belanjawan 2020 sekiranya MCA melepaskan penguasaannya ke atas institusi itu.

Ia meskipun Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mengakui isu TAR UC adalah antara sebab pengundi Cina beralih kepada BN pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lepas.

Lim berkata TAR UC bukan satu-satunya sebab kekalahan PH di Tanjung Piai.

Beliau menyatakan bahawa TAR UC boleh memperoleh sehingga RM60 juta daripada kerajaan jika MCA melepaskan kawalannya ke institusi pendidikan itu.

"Kita (kerajaan) sudah mengatakan bahawa kita tidak kurangkan (peruntukan). Peruntukan akan disediakan dengan syarat MCA melepaskan penguasaan politiknya ke atas TAR UC.

"Sebaik sahaja mereka melepaskan (penguasaan ke atas TAR UC), wang itu akan disalurkan dan sekurang-kurangnya RM30 juta setahun," katanya kepada media dalam sebuah acara di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya fikir terdapat banyak sebab di sebalik (undi Cina memihak kepada BN di Tanjung Piai). Saya tak fikir ini (isu TAR UC) satu-satunya sebab," kata Lim.

Lim kemudian menuduh BN dan MCA menggunakan isu berkenaan untuk menang PRK Tanjung Piai.

Apabila ditanya sama ada PH tidak membuat kesilapan dalam isu TAR UC, Lim berkata: "Saya tidak pernah kata seperti itu. Anda masukkan perkataan dalam mulut saya lagi."

Teo sebelum ini mengakui bahawa isu TAR UC dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah antara sebab pengundi Cina di Tanjung Piai tidak mengundi PH.

Teo turut merayu kepada rakyat untuk memberi masa kepada DAP menangani isu tersebut.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS