Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manifesto bukan sekadar kertas biasa - Ronnie Liu
Diterbitkan:  Nov 20, 2019 12:12 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Pengundi Parlimen Tanjung Piai telah menyampaikan mesej jelas kepada Pakatan Harapan bahawa manifesto pilihan raya bukan semata-mata kertas biasa, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Ronnie Liu.

"Pengundi di Tanjung Piai tahu undi mereka tidak akan mengubah apa-apa di peringkat persekutuan, tetapi mereka hanya mahu memberitahu kita bahawa kita tidak boleh melayan manifesto macam kertas biasa,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook, malam tadi.

Oleh demikian, Liu berkata PH perlu bekerja keras untuk memenuhi janji manifesto dan mengurangkan kos sara hidup.

"Orang ramai berharap dapat melihat pertumbuhan ekonomi negara kembali meningkat, dengan lebih banyak pekerjaan baru diwujudkan dan skim perumahan yang mampu dimiliki diperkenalkan di seluruh negara.

"Rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama mahu melihat perkhidmatan perubatan yang lebih berpatutan dan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk semua, kerajaan yang lebih adil yang akan memberi perkhidmatan sama rata dan memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan pendidikan tinggi," katanya.

Ronnie Liu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek juga menyentuh pelbagai isu dan projek yang telah mendapat sokongan daripada rakyat, seperti Lynas, Sosma, dana pendidikan, serta projek-projek kereta kebangsaan ketiga dan kereta terbang.

"Rakyat Malaysia mahu melihat pembebasan penyokong LTTE , termasuk dua wakil rakyat yang disabit di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

"Pelajar Cina sedang menunggu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), pelajar dan ibu bapa yang lain mahu penyelesaian bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan rakyat Sabah dan Sarawak mahu melihat kenaikan harga minyak dan royalti gas. "

"Saya percaya rakyat sangat tersinggung dengan dasar yang tidak mesra dalam menangani ketaksuban kaum dan agama," katanya.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini, BN yang diwakili oleh Wee Jeck Seng dari MCA menang dengan majoriti 15,086 undi menentang calon PH Karmaine Sardini dari Bersatu.

Wee mendapat 25,466 undi untuk 10,380 undi Karmaine.

Jumlah peratus keluar mengundi adalah 74.5 peratus.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS