Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Licinkan projek' di Tanjung Piai, menteri ajak Wee ke blok PH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong bergurau dengan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dengan mengajaknya menyertai blok Pakatan Harapan sekiranya ingin “melicinkan lagi” projek di kawasan parlimen tersebut.

"Kalau nak melicinkan lagi pelaksanaan projek kawasan beliau, senang sahaja, berhijrah ke blok di sini, itu sahaja," kata Liew secara berseloroh kepada Wee ketika menjawab soalan beliau meminta kerajaan terhadap komitmen kerajaan mengenai segala peruntukan dan bantuan yang diumumkan sepanjang kempen PRK Tanjung Piai.

Wee dilihat tidak membalas tawaran Liew dan senyum kepadanya.

"Kerajaan terus berkomited untuk melaksanakan semua peruntukan yang telah diumumkan untuk kawasan Tanjung Piai kerana ia memberi manfaat kepada rakyat dan juga pengundi di Tanjung Piai."

"Terdapat 17 projek bernilai RM14.75 juta telah diluluskan semasa Allahyarham Mohamed Farid Md Rafiq semasa menjadi MP PH.

“Dan 10 projek bernilai RM5.72 juta sebelum kempen bermula pada 2 Nov menjadikan jumlah 27 projek bernilai RM20.47 juta," katanya.

"Semua projek sekarang ini berada dalam pelbagai peringkat melibatkan reka bentuk dan perolehan.

“Tempoh pelaksanaan adalah antara satu bulan hingga 24 bulan bergantung jenis projek dan kos," tambahnya.

Wee Jeck Seng 

Pada Sabtu lalu Wee dari MCA menang PRK Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.

Beliau meraih 25,466 undi untuk mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi.

Terdahulu, Wee bertanya berhubung sejauh manakah keseriusan dan kesungguhan kerajaan PH terhadap pelaksanaan reformasi pilihan raya dan usaha pindah Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954) yang tidak lagi menyalah gunakan kedudukan dan sumber kerajaan sebagai alat untuk berkempen di mana-mana pilihan raya meskipun diakui undang-undang sedia masih belum lagi perbuatan tersebut sebagai satu kesalahan pilihan raya.

Namun, Liew juga berkata bahawa tiada pengumuman projek diumumkan oleh mana-mana pihak semasa kempen PRK.

"Tiada pengumuman projek diumumkan oleh mana-mana pihak semasa kempen PRK. Walaupun Yang Berhormat (Wee) sendiri telah melihat dalam video yang telah pun berjanji kepada pengundi di kawasan itu membawa ke umrah,” katanya,

Bagaimanapun, Wee menjelaskan bahawa beliau tidak berjanji akan menghantar pengundinya mengerjakan umrah sebaliknya hanya memberitahu telah pun menghantar pengundi di Tanjung Piai semasa menjadi ahli parlimen sebelum PRU14.

Lihat Komen
ADS