Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Foodpanda: Tapak sampah haram sebahagian dari masalah lebih besar

Insiden beg pembawa makanan Foodpanda yang dibuang di tempat pembuangan sampah haram di Jalan Gombak, Selangor adalah sebahagian daripada masalah lebih besar, kata syarikat penghantar makanan itu.

"Kami telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan banyak beg pembawa makanan Foodpanda dibuang di pembuangan sampah haram dan sedia maklum bahawa isu yang lebih besar di sini adalah kawasan pembuangan ini digunakan secara haram untuk membuang lambakan sisa buangan untuk jangka masa yang panjang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Kenyataan tersebut susulan 'penghantaran khas' Andy Hickson, dekan Fakulti Seni dan Komunikasi Universiti HELP pada 18 November lalu dengan melonggokan enam beg Foodpanda di lobi sebuah bangunan mewah 39 tingkat di Kuala Lumpur.

Malaysiakini pada 5 Nov lalu melaporkan penemuan Hickson serta penduduk tempatan berhubung longgokan sampah di kawasan itu.

Pada hari sama, Foodpanda mengumumkan melancarkan siasatan segera terhadap dakwaan banyak sampah syarikat itu dibuang di kawasan hutan berkenaan.

Syarikat penghantaran makanan itu juga berkata akan melawat tapak tersebut untuk melupuskan sampah Foodpanda.

Dua hari kemudian, The Star melaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil membersihkan kawasan berkenaan.

Ia merupakan satu daripada 10 kawasan pembuangan sampah haram sepanjang 26km Jalan Gombak Lama-Bentong (FT068) di bawah pemantauan jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, Hickson hari ini berkata kunjungannya ke kawasan itu pada Sabtu lalu mendapati tiada perubahan dilakukan.

Hickson kemudian mengambil keputusan bertindak sendiri.

Foodpanda dalam kenyataannya berkata syarikat penghantaran makanan itu komited untuk bekerjasama dengan pihak terbabit dalam usaha untuk melupuskan sampah-sampah berkenaan selain memberikan bantuan penuh bagi menangani masalah itu dengan kadar segera serta menyokong sebarang inisiatif jangka panjang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS