Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘PM ambil perhatian dakwaan menteri salah guna kuasa’
Diterbitkan:  Nov 21, 2019 6:49 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Anwar Ibrahim berkata perdana menteri mengambil perhatian berkaitan dakwaan terdapat kalangan anggota kabinet yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.

Anwar tidak menghuraikan lanjut perkara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuannya dengan Dr Mahathir Mohamad selama 30 minit di Putrajaya petang ini.

Malaysiakini juga tidak dapat mengesahkan siapa sebenarnya yang dirujuk oleh presiden PKR itu.

Pertemuan kedua-dua pemimpin paling berpengaruh dalam Pakatan Harapan itu berlaku di tengah-tengah drama dalam gabungan parti pemerintah itu selepas kekalahan buruk dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu di Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir.

Menteri ekonomi Azmin Ali sebelum ini mencetuskan kontroversi baru selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 20 pemimpin Umno di kediaman rasminya di Putrajaya.

Sehari selepas itu, Presiden Umno Zahid Hamidi mendakwa pertemuan antara anggota parlimen Umno dan Mohamed bagi membincangkan penyaluran projek-projek kerajaan ke kawasan mereka.

Azmin menyifatkannya sebagai pertemuan biasa.

Lihat Komen
ADS