Kes kematian Anuar Sharif: Doktor kata tiada kesan lebam dan melecet
Terjemahan Tiada kesan lebam atau melecet terdapat pada mayat tahanan polis Mohd Anuar Sharif, kata doktor yang memberi keterangan dalam satu kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Terjemahan Tiada kesan lebam atau melecet terdapat pada mayat tahanan polis Mohd Anuar Sharif, kata doktor yang memberi keterangan dalam satu kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dr Syed Mohd Redha Syed Nasir telah mengesahkan kematian Anuar di balai polis Rawang lebih enam tahun yang lalu.
"Dari pemerhatian saya, tidak ada tanda lebam atau melecet pada bahagian atas badan. Saya dapat lihat muka dan badannya," katanya ketika menjawab soalan Peguam Kanan Persekutuan, Amerjeet Singh.
Ketika diminta oleh peguam P Uthayakumur supaya mengenalpasti kesan pada badan Anuar, ketika ditunjukkan gambarnya, Dr Syed Mohd Redha sekali lagi berkata, tiada kesan lebam dan melecet pada mayat tersebut.
Uthayakumar mewakili isteri mangsa, Anuar Md Idris (foto), 39, yang memfailkan saman tersebut terhadap tiga pegawai kanan polis dan pihak kerajaan.
Ibu kepada dua orang anak itu mendakwa, suaminya yang ketika itu berusia 31 tahun (foto), yang ditangkap berkaitan satu kes dadah, telah dipukul hingga mati ketika dalam tahanan polis.
'Dapat lihat dengan jelas'
Dr Syed Mohd Redha memberitahu Uthayakumar, beliau tidak nampak kesan lebam ketika pertama kali melihat Anuar selepas dipanggil untuk mengesahkan kematiannya oleh Ketua Inspektor Mat Nasir Abu Bakar.
Katanya, beliau dapat melihat dengan baik dada Anuar hingga ke bahagian bawah badannya dan pada pemerhatiannya, tidak ada sebarang tanda.
Anuar ditangkap pada 10 Ogos 1999 dan kemudiannya ditahan reman selama 14 hari. Beliau dibawa menjalani pemeriksaan di sebuah klinik pada malam 17 Ogos tetapi dibawa balik semula ke lokap balai polis Rawang. Dia meninggal dunia 13 jam kemudiannya.
Ketika diminta oleh Uthayakumar supaya menentukan sama ada tanda lebam yang dilihat dalam gambar-gambar itu berlaku sebelum atau selepas kematian Anuar, Dr Syed Mohd Redha, yang ketika itu bertugas di Hospital Kuala Kubu Baru berkata, beliau bukan patologis forensik untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Dr Syed Mohd Redha memberitahu Hakim Kang Hwee Gee bahawa pada kebiasaannya beliau akan merujuk kepada pegawai atasannya terlebih dahulu, sebelum meninggalkan hospital untuk mengesahkan sesuatu kematian kerana beliau tidak pasti sama ada ianya dalam bidang skop tugasnya.
Tetapi kerana permintaan itu datang dari petugas kerajaan yang memerlukan bantuannya, dan kebetulan pula ia berlaku pada jam 4 pagi, Dr Syed Mohd Redha berkata, beliau memilih untuk tidak mengganggu pegawai atasannya.
Katanya lagi, ia adalah pertama kali beliau memenuhi permintaan seumpama itu dan beliau tidak akan melakukannya jika permintaan tersebut datangnya daripada orang awam.
Dr Syed Mohd Redha berkata, beliau tidak ingat sama ada bertanya kepada pihak polis mengapa mereka tidak menghantar Anuar ke hospital, sambil berkata, beliau difahamkan Anuar sudah meninggal dunia dan dia pergi ke balai itu hanya untuk mengesahkan kematiannya sahaja.
"Jika pesakit itu masih hidup, mereka tentunya telah menghantarnya ke hospital jika bantuan seumpama itu diperlukan," tambahnya.
Peguam: 'Awak berbohong'
Ketika menjawab andaian Uthayakumar bahawa Anuar mungkin dapat diselamatkan jika dia dibawa ke hospital dan diberi rawatan lebih awal, Dr Syed Mohd Redha berkata, pernah ada kes seorang pesakit berusia 30 tahun, yang mengalami bronchopneumonia (radang jantung), seperti Anuar, yang meninggalkan selepas sembilan hari dirawat di hospital.
"Walaupun mendapat rawatan, (Anuar) juga mungkin boleh meninggal dunia," katanya. Bagaimanapun, beliau juga mengakui bahawa rawatan juga boleh memulihkan pesakit.
Dr Syed Mohd Redha berkata, tanda-tanda
bronchopneumonia
adalah batuk dan sakit dada. Jika bronchopneumonia akibat infeksi virus yang cepat merebak, tanda-tandanya akan lebih teruk.
Bagaimanapun, katanya, jika bronchopneumonia itu berpunca daripada virus yang lambat bertindak, maka tanda-tandanya juga lambat dilihat pada mangsanya.
"Sama ada atau tidak seseorang yang mengalami tanda-tanda penyakit tersebut akan mengadu kepada pihak polis, ketika dalam tahanannya selama tempoh selama sembilan hari, bergantung kepada sama ada tanda-tanda itu dapat dilihat ketika dia dalam tahanan," katanya.
Bagaimanapun, Uthayakumar mendakwa, beliau telah berbohong.
.
"Saya katakan yang awak berbohong. Saya katakan kenyataan awak itu tidak benar," kata Uthayakumar. Dr Syed Mohd Redha bagaimanapun, menafikannya.
Suzana menuntut gantirugi lebih RM500,000 daripada Ketua Polis Gombak ketika itu, Ishak Hussain; Ketua CID Gombak ketika itu, Massari Hashim; Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, dan pihak kerajaan. Perbicaraan disambung 27 April depan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.