Bekas timbalan presiden MCA Lee Kim Sai, yang juga menjadi pernah menjadi menteri untuk beberapa portfolio, meninggal dunia di usia 82 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Presiden MCA Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook hari ini.

"Mendiang merupakan seorang tokoh yang disegani dan telah menyumbang jasa bakti kepada masyarakat serta negara.

"Takziah buat keluarga mendiang Lee Kim Sai. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar kepada masyarakat dan negara," katanya.

Lee pernah menjadi menteri buruh, perumahan dan kerajaan tempatan dan kesihatan bermula 1986 hingga 1995.