Mahu sungai bersih? Batalkan pembinaan insinerator di Broga!
Terjemahan Ketika kerajaan membayangkan kemungkinan tempat pelupusan sampah terbuka di seluruh negara ditutup bagi melindungi sungai daripada pencemaran, pihak berkuasa juga digesa supaya turut membatalkan projek pembinaan insinerator di Kampung Broga, Semenyih.
Terjemahan Ketika kerajaan membayangkan kemungkinan tempat pelupusan sampah terbuka di seluruh negara ditutup bagi melindungi sungai daripada pencemaran, pihak berkuasa juga digesa supaya turut membatalkan projek pembinaan insinerator di Kampung Broga, Semenyih.
Ketika membuat gesaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Membantah Pembinaan Insinerator di Brogra, Zulkefly Mohamad Omar berkata, kerajaan mesti berpandangan jauh dan membatalkan projek tersebut bagi mengelak masalah yang tidak diingini pada masa depan.
"Kandungan ammonia dalam air boleh dikesan dengan mudah. Tetapi (penyebab barah) dioksin (hasil pelupusan insinerator dan larut air) tidak dapat dilihat atau mempunyai rasa, dan ini lebih merbahaya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya semalam.
Ini merupakan tindakan terbaru yang dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan yang berjuang sejak tiga tahun lalu, menentang projek pembinaan insinerator tersebut.
Dua buah sungai Sungai Rinching dan Sungai Seringgit terletak berhampiran tapak cadangan pembinaan insinerator berkenaan. Kedua-duanya mengalir ke Sungai Semenyih yang menjadi kawasan tadahan air untuk bekalan kepada kira-kira dua juta penduduk Lembah Klang.
Jawatankuasa Kabinet
Zulkefly menggesa pihak berkuasa supaya mengambil iktibar daripada kejadian di mana limpahan cecair sisa dari kawasan pelupusan sampah dekat Sungai Kembong, telah mengakibatkan kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Semenyih, sehingga memaksa bekalan air dihentikan sementara di sebahagian besar Lembah Klang.
"Daripada membelanjakan wang untuk membersihkan sungai, kerajaan sebaliknya boleh menjimatkan wang dengan tidak membina insinerator, jika tidak, mereka terpaksa berbelanja lagi untuk membersihkan sungai," tambahnya.
Beliau berharap, JAS akan menyampaikan kebimbangan jawatankuasa berkenaan kepada Jawatakuasa Kabinet Mengenai Bencana dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak, yang akan bermesyuarat pada 28 April ini.
Antara perkara yang dijangka dibincangkan ialah cadangan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Azmi Khalid supaya ditutup semua kawasan pelupusan sampah terbuka, serta mengenai projek insinerator di Broga.
Dapat lampu hijau?
Sebelum itu, jawatankuasa berkenaan serta kira-kira 20 penduduk Kampung Broga menghadiri perjumpaan dengan Timbalan Ketua Pengarah JAS, Dr Shamsuddin Abd Latif.
Di majlis tersebut, beliau menjadi sasaran pelbagai soalan daripada penduduk yang ingin tahu, khususnya mengenai kajian impak alam sekitar yang diterbitkan tahun lalu.
"Siapakah yang akan untuk meluluskan EIA? JAS atau ahli politik?" tanya Alice Lee (kanan), seorang penduduk dan pengkritik utama projek berkenaan.
Shamsuddin mengelak menjawab soalan Lee dan penduduk lain, dengan berulangkali berkata, beliau akan memasukkan kebimbangan mereka dan isu-isu yang dibangkit, ke dalam memorandum kepada pegawai atasannya.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada 'lampu hijau' telah diberikan kepada EIA, Shamsudin berkata: "Buat masa ini, EIA belum dimuktamadkan."
Buangan toksid
Projek tersebut, yang dikatakan yang terbesar seumpamanya di rantau ini, mampu memproses lebih 1,000 tan buangan di kawasan perbandaran setiap hari, tetapi menurut maklumat tambahan pada laporan EIA, ia juga menghasilkan 400 tan sanga toksid sehari.
Laporan itu juga tidak menyatakan bagaimana ia hendak dibawa keluar dari insinerator, atau di mana ianya akan dilupuskan.
Menurut Zulkefly, keadaan itu berpotensi mendedahkan penduduk sekitarnya kepada buangan toksid
"Apa akan jadi sekiranya lori yang membawanya terbabit dalam kemalangan jalanraya yang penuh sesak?" soalnya kepada Shamsuddin, yang tidak memberi sebarang jawapan.
Malah, katanya, air yang dipam dari sungai-sungai berhampiran untuk membersihkan bahagian dalam insinerator tersebut, akan mengalir masuk semula ke dalam sistem perairan, dengan membawa bersamanya abu toksid dan bahan-bahan beracun yang lain. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.