Tun Ghafar Baba meninggal dunia
Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berusia 81 tahun.
Semua anggota keluarga terdekat berada di sisinya, ketika Allahyarhan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.34 pagi.
Allahyarham dimasukkan ke GIMC pada 24 Januari lalu. Ghafar sebelum ini pernah dirawat di Pusat Perubatan Pantai kerana sakit jantung dan komplikasi paru-paru pada Oktober lalu.
Berita mengenai kematian Allahyarham itu disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Hydar Raja Iskandar.
Katanya, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh penghormatan negara.
Jenazahnya akan ditempatkan di Masjid Negara selepas Zohor untuk memberi peluang kepada para pemimpin dan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.
Sejak beberapa hari lalu, ketika keadaanya semakin tenat, Ghafar dikunjungi ramai pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sepanjang hayatnya Allahyarham dikenali sebagai tokoh politik Melayu yang bermula sebagai anak kampung sehinggalah beliau bersara daripada politik ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1993.
Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik, Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang tokoh yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.