Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mampu tangani isu berita palsu, ucapan kebencian

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau percaya kerajaan PH boleh menangani penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian secara berkesan.

Katanya, berita palsu dan ucapan kebencian itu bukan sahaja boleh menghancurkan Malaysia yang didiami masyarakat majmuk, tetapi juga dikenal pasti sebagai ancaman eksistensi ketiga terhadap manusia.

“Di Malaysia, atau di seluruh dunia, persoalan mengenai berita palsu, ucapan kebencian telah mengatasi sifat manusia dan kita sepatutnya berupaya untuk memeranginya,” katanya di forum Demokrasi Pada Era Polarisasi di Kuala Lumpur malam tadi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata beliau sendiri pernah menjadi sasaran penyebar berita palsu di media sosial pada 2017, dan isu itu menjadi suatu kebiasaan dan kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kebelakangan ini, beliau berkata, terdapat peningkatan dalam sentimen perkauman dan agama di negara ini, dengan permasalahan itu diburukkan oleh parti-parti tidak bertanggungjawab, pihak yang mengambil kesempatan dan penyebar berita palsu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS