Paling Popular
Terkini

PARLIMEN l Universiti Malaysia (UM) buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya menduduki tempat pertama dalam negara dan 13 Asia melalui ranking yang dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings hari ini.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik, berkata ia sejarah baru bagi universiti awam itu selepas proses pembaharuan dilakukan kementeriannya sejak Jun tahun lalu.

"Kedudukan UM buat pertama kalinya di dalam sejarah berada pada kedudukan pertama di Malaysia dan ke-Asia, berbanding kedudukan 24 pada 2018.

"Pertumbuhan ketara bagi Unversiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada kedudukan ke 158 pada tahun 2018 kepada 119 bagi tahun 2020.

"Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada 290 bagi tahun 2018, meningkat kepada 134 bagi tahun 2020," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Maszlee berkata demikian ketika menjawab persoalan dikemukakan Aaron Ago Dagang (GPS-Kanowit).

Aaron minta menteri pendidikan menyatakan jumlah menyatakan jumlah universiti dan pelajar di Malaysia pada tahun 2019 (public & private universities) dan ranking universiti-universiti ini di peringkat global mengikut “Global Higher Education Ranking System).

Dalam pada Maszlee berkata, selain kedudukan universiti secara keseluruhan, kementerian juga berpandangan bahawa kedudukan sesebuah universiti boleh juga dilihat berdasarkan pengkhususan subjek.

Jelasnya, UM misalnya berada pada kedudukan ke-15 dunia dalam bidang kejuruteraan atau engineering berdasarkan US News and World Report.

"Berdasarkan laporan QS World University Rankings 2020 yang dikeluarkan pada 19 Jun 2019, UM telah berjaya disenaraikan di antara 70 universiti terbaik di dunia berbanding di tempat ke-114 pada tahun 2018.

"Empat lagi universiti awam juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan, telah berjaya menempatkan dalam 100 universiti terbaik dunia berbanding tahun 2018.

"Sebagai contoh Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-159, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-160, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-165 dan UiTM di kedudukan ke-217," katanya.

Lihat Komen
ADS