Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hisham: Kertas Putih Pertahanan hanya ‘wish list’
Diterbitkan:  Dec 2, 2019 7:36 PM
Dikemaskini: 11:36 AM

Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein berkata Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentangkan di parlimen hari ini tidak mempunyai fokus, tiada kesinambungan dan sekadar “wish list” (harapan).

“Pertamanya intipati KPP hanyalah versi ringkas apa yang telah dibentangkan sebelum ini oleh kita semasa BN memerintah dan mentadbir.

“Bezanya buku ikrar Kementerian Pertahanan pada ketika itu memperincikan pelbagai bentuk inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah enam teras Kementerian Pertahanan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Umno Online.

“Manakala KPP pula walaupun dokumen perancangan pertahanan negara untuk sepuluh tahun, tidak pula memperincikan perancangan Kementerian Pertahanan untuk tahun 2021 hingga 2030 iaitu perkara yang cukup penting dalam hendak memikirkan apa yang dibentangkan kertas putih ini dapat memberi keyakinan kepada semua yang membacanya dan memberi satu hala tuju yang jelas pihak-pihak yang berkepentingan khususnya warga ATM, veteran, Mindef dan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya KPP tidak berfokus dan tiada kesinambungan yang jelas dalam bab empat misalnya, hanya dimasukkan wish list aset ATM bagi tempoh sepuluh tahun mendatang.

“Tetapi apabila diselak bahagian pelaksanaan KPP tidak pula diperincikan kaedah kerajaan untuk melaksanakan perolehan aset-aset ini.

“Perancangan untuk membina sesuatu aset pertahanan mengambil lebih lima hingga lapan tahun. Ini boleh menjejaskan hala tuju dan fokus, bukan sahaja keyakinan daripada rakyat tetapi daripada warga ATM itu sendiri,” tambahnya.

Lihat Komen
ADS