Malaysiakini BERITA

Tak semua hal perlu dedah kepada umum - Menteri pertahanan

Yasmin Ramlan

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata tidak semua perkara berkaitan kementerian tersebut perlu didedahkan kepada umum.

Katanya, apatah lagi jika melibatkan maklumat jumlah aset pertahanan negara.

"Tentulah kita tak boleh dedahkan segalanya kepada umum. Tapi kita bincangkan di sesi tertutup.

"Bahkan, barisan pembangkang pun kata tadi yang ia perlu ada dua (iaitu) satu untuk umum dan satu kepada tentera," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi parlimen hari ini selepas membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Dewan Rakyat petang tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas permintaan sesetengah pihak supaya Kementerian Pertahanan mendedahkan butiran lebih terperinci seperti maklumat yang melibatkan jumlah aset.

Terdahulu, di Dewan Rakyat bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein mendakwa Mohamad gagal memperincikan perolehan aset pertahanan negara dalam KPP, sebaliknya hanya membentangkan ‘wish list’ kementerian tersebut.

MP Sembrong menyifatkan kertas putih itu sebagai mengecewakan, berkata Mohamad bukan sahaja gagal menggunakan pengalamannya selama dua tahun supaya kertas putih itu nampak meyakinkan, tetapi tidak mampu membuat perancangan untuk tempoh 10 tahun lagi.