Tiada tanda penduduk Islam Thai mahu pulang
Menteri Luar Thailand hari ini menafikan laporan yang mengatakan sebahagian besar penduduk Islam dari Selatan Thai yang lari ke Malaysia tahun lalu, mahu pulang ke kampung masing-masing, tetapi menegaskan keselamatan dijamin jika mereka mahu berbuat demikian.
Menteri Luar Thailand hari ini menafikan laporan yang mengatakan sebahagian besar penduduk Islam dari Selatan Thai yang lari ke Malaysia tahun lalu, mahu pulang ke kampung masing-masing, tetapi menegaskan keselamatan dijamin jika mereka mahu berbuat demikian.
"Tiada seorang pun yang menunjukkan tanda-tanda mahu pulang, tetapi jika ada antara mereka yang mahu pulang, kami menjamin sepenuhnya keselamatan mereka," kata Kantathi Suphamongkhon kepada wartawan.
Tindakan 131 penduduk Islam di selatan Thai lari ke Malaysia tahun lalu, telah mencetuskan pertikaian diplomatik antara Thailand dengan Malaysia, yang tidak mahu mereka dipaksa pulang sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin.
Semalam, agensi berita nasional Malaysia, Bernama, memetik Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar sebagai berkata, beliau telah berbincang mengenai penduduk Islam terbabit, dengan Kantathi, yang mengatakan 99 daripada mereka mahu pulang.
Bagaimanapun, Kantathi menyifatkan laporan tersebut sebagai "kurang tepat" dan berkata beliau dan Syed Hamid tidak berbincang mengenai perkara itu ketika bertemu semasa menghadiri mesyuarat menteri luar Asean di Bali minggu lalu.
Terima kasih Malaysia
Kantathi bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana membenarkan pihak berkuasa Thailand bertemu dengan 99 penduduk Islam berkenaanm, dan katanya beliau menjangka para pegawai Thailand itu akan bertemu dengan baki kumpulan tersebut tidak lama lagi.
Seramai 131 penduduk Islam itu lari dari kampung mereka di wilayah selatan Thai Ogos tahun lalu, kerana bimbangkan keselamatan mereka berikutan keganasan yang berlaku di sana.
Disember lalu, Malaysia telah amenghantar pulang seorang daripada mereka yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Thailand berhubung kegiatan keganasan di selatan Thai, yang telah mengakibatkan lebih 1,200 terkorban sejak dua tahun lalu.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.