Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman, ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya mulai Ahad lepas bukan keputusan menteri besar.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pertukaran itu terletak di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dr Ismail Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

"Saya percaya soalan (pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) perlu ditujukan kepada KSN dan KPPA," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan selepas menghadiri Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0 yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di Ipoh, Perak, hari ini.

Semalam, Zainal Azman ketika dihubungi Bernama mengesahkan beliau menerima surat arahan pertukaran ke Jawatan Penempatan Khas di JPA pada Jumaat lepas.

“Betul apa yang terkandung dalam surat itu. Saya akan mula bertugas mengikut apa yang diarahkan seperti di dalam surat tersebut,” katanya tanpa menyatakan lebih terperinci mengenai sebab pertukaran itu.

Zainal Azman memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sejak 18 Okt tahun lepas, menggantikan Mohd Ghazali Jalal yang bersara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS