Terjemahan Pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan kononnya seorang guru telah memaksa sekumpulam pelajar berusia 13 tahun menonton filem lucah sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumah mereka.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beberapa ibu bapa telah membuat laporan selepas anak mereka, di sebuah sekolah kerajaan di Johor, menceritakan perkara tersebut.

"Saya akan mengarahkan Pengarah Pelajaran Johor supaya menyiasat. Kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya aduan itu benar," katanya dalam laporan akhbar New Straits Times (NST).

"Jika terdapat bukti kukuh mengenai salahlaku tersebut, kita tidak akan beragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Guru berkenaan didakwa telah mengarahkan kumpulan pelajar lelaki dan perempuan itu, masuk ke bilik audi-video, menutup tirai dan mengarah mereka menyaksikan filem lucah, sambil berkata ia adalah hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

NST melaporkan lagi, pengetua sekolah berkenaan enggan mengulas mengenai kejadian tersebut. Berita asal