Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
424 penunjuk perasaan terbunuh demo antikerajaan di Iraq
Diterbitkan:  Dec 12, 2019 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 424 orang terbunuh manakala 8,758 lagi cedera dalam tunjuk perasaan antikerajaan di Iraq yang bermula pada awal Oktober, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Iraq (UNAMI).

Dalam laporan terbaharunya yang dikeluarkan pada Rabu bertajuk "Demonstrations in Iraq: 2nd update, 5 Nov-9 Dis 2019," UNAMI berkata sejumlah 170 penunjuk perasaan terbunuh manakala 2,264 lagi cedera sepanjang tempoh itu.

UNAMI berkata penemuan awalnya menunjukkan bahawa "penggunaan kekerasan yang berlebihan, salah dan tidak wajar (yang berbahaya dan kurang berbahaya) serta layanan buruk dan pelanggaran hak-hak prosedur penunjuk perasaan yang ditahan" berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu.

"Kerajaan tidak membenarkan UNAMI memperoleh data statisik hospital rasmi mengenai kemalangan jiwa dan kecederaan yang ada kaitan dengan tunjuk perasaan atau melawat hospital untuk menemu bual mangsa," katanya.

Laporan terdahulu UNAMI bertajuk "Demonstrations in Iraq: update, 25 Okt-4 Nov 2019, yang meliputi gelombang kedua tunjuk perasaan di Iraq, menyaksikan sejumlah 97 penunjuk perasaan terbunuh.

Dalam gelombang pertama tunjuk perasaan, 157 orang maut manakala 5,494 lagi cedera, menurut laporan terawalnya.

Iraq telah digegarkan oleh tunjuk perasaan besar-besaran sejak awal Oktober susulan keadaan hidup yang teruk serta rasuah, sehingga memaksa Perdana Menteri Adil Abdul-Mahdi meletak jawatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS