Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Haniff Khatri didesak lepas jawatan pengerusi Perda

Desakan dan kritikan ke atas peguam, Haniff Khatri Abdulla, terus muncul selepas dia menjadi peguam Yusoff Rawther, iaitu lelaki yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual Anwar Ibrahim.

Hari ini kumpulan penyokong presiden PKR itu mempertikaikan tindakan Haniff Khatri dan menggesa peguam terbabit berhenti daripada terlibat dalam amalan politik keji.

Jika tidak, kata Setiausaha Pro 98 Reformis Pulau Pinang, Amir Ghazali, berkata jika masih mahu terlibat sebagai peguam Yusoff, Haniff Khatri perlu melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (Perda).

Menurut Amir, peguam terbabit sepatutnya memberi perhatian kepada agensi kerajaan persekutuan dan bukannya terlibat dalam permainan "politik kotor" dengan Yusoff.

"Haniff boleh memilih untuk tidak melakukannya," kata Amir.

Yusoff, 26, ialah individu terbaru yang membuat tuduhan berkaitan salah laku seksual ke atas Anwar. Dia melakukan dakwaan tersebut melalui perakuan berkanun (SD) baru-baru ini.

Anwar menafikan tuduhan tersebut dan sudah membuat laporan polis mengenainya serta menyatakan kesediaan untuk disiasat.

Haniff Khatri sebelum ini dikenali kerana aktif menjadi peguam kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Beberapa hari lalu Haniff Khatri menyatakan sebagai seorang peguam dia tidak boleh menolak sebarang anak guam kecuali dalam keadaan tertentu.

Dia juga menarikan berlaku konflik kepentingan dengan pembabitannya sebagai peguam Yusoff.

Malaysiakini sudah menghubungi Haniff berhubung kenyataan Amir dan sedang menunggu reaksinya.

Diminta mengulas penjelasan Haniff Khatri, Amir berkata peguam terbabit dilihat menjadi alat "pemimpin tertentu" untuk memusnahkan reputasi Anwar.

"Siapa yang diwakili Haniff? Dia ialah pengerusi Perda. Perda itu pula agensi kerajaan pusat. Adakah dia boleh bertindak sebegini?" katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS