Terjemahan Peguam S Bala pergi mencari pelanggannya yang ditahan sewaktu satu serbuan ke sebuah restoran pada malam berkenaan. Tetapi apa yang berlaku, beliau sendiri turut ditahan.

Pengalaman Bala pada 18 April itu bermula ketika beliau pergi ke balai polis daerah Petaling Jaya selepas dimaklumkan mengenai penahanan pelanggannya itu.

Di sana, beliau dikatakan terpaksa menunggu selama kira-kira dua jam sebelum akhirnya diberitahu nama pegawai polis yang mengetuai serbuan tersebut.

Selepas itu, Bala mendakwa beliau telah diganggu oleh dua anggota polis berpakaian biasa yang enggan membenarkannya menemui pegawai berkenaan.

Apabila Bala berkeras, anggota polis berkenaan dikatakan marah dan mula menolaknya. Bala yang berang dengan perbuatan itu berkata: "Tidak perlu kurang ajar".

Menyedari yang beliau tidak mendapat apa-apa, Bala meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan tetapi telah ditahan oleh seorang anggota polis berpakaian biasa dalam bilik operasi selama tiga jam.

Ketika dihubungi hari ini, Bala yang sudah sembilan tahun berkhidmat sebagai peguam, berkata beliau lebih kecewa dengan sikap polis yang enggan memberi maklumat mengenai pelanggan, berbanding dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.

"Saya tiada bermasalah dengan pasukan tersebut tetapi hanya dengan segelintir pegawai polis. Pihak polis mesti belajar membenarkan peguam berkhidmat untuk pelanggan mereka tanpa sebarang rasa takut dan menjadi lebih telus," tambahnya.

Adalah faham, Bala telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Contoh buruk

Kira-kira 40 orang rakan peguamnya yang tidak puas hati dengan kejadian tersebut, telah mengadakan bantahan di luar bangunan ibu pejabat polis Petaling Jaya pagi ini.

Mereka mahu berjumpa Ketua Polis Daerah, Mohd Hazam Abd Halim tetapi dibenarkan berbuat demikian. Mereka akhirnya menyerahkan satu nota bantahan kepada wakil balai berkenaan.

.

Mohd Hazam, ketika dihubungi kemudiannya, enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Ketika ditemui sewaktu menyertai bantahan tersebut, wakil Majlis Peguam, George Varughese berkata, majlis berkenaan menggesa supaya satu siasatan bebas diadakan untuk menyiasat kejadian itu.

M anakala peguam N Surendren pula mengingatkan bahawa kejadian itu merupakan satu contoh yang tidak baik yang ditunjukkan oleh pihak polis, yang akan menyebabkan lebih ramai peguam dihalang daripada menjalankan tugas mereka.

"Jika seorang peguam boleh dilayan seperti (Bala), maka tiada seorangpun rakyat Malaysia akan selamat kerana peguam tidak dapat menjalankan tugas mereka," katanya.

Seorang lagi peguam, R Sivarasa berkata, sikap Mohd Hazam yang tidak mahu bertemu dengan kumpulan peguam berkenaan, menunjukkan pihak polis tidak berminat untuk menyiasat aduan yang dibuat terhadap anggota pasukan tersebut.

Pihak media juga tidak dibenarkan masuk ke dalam ibupejabat polis berkenaan.