PM: Jangan pertikai niat ikhlas saya
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan niat ikhlas beliau dalam merencanakan pembangunan negara dan memerangi rasuah.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan niat ikhlas beliau dalam merencanakan pembangunan negara dan memerangi rasuah.
"Itu adalah cara saya yang saya utamakan pada waktu ini dalam apa juga tindakan yang akan diambil, mungkin akan ada kekurangan mungkin akan berlaku salah dan silap, saya minta maaf dan saya meminta ampun dan maaf kepada Tuhan.
"Tapi saya harap tidak ada siapa yang akan mempersoalkan tentang keikhlasan dan niat yang hendak saya laksanakan...itu adalah niat saya kerana Allah," kata Perdana Menteri ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada persidangan Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata beliau juga sedia menerima teguran jika terdapat sebarang kelemahan tetapi setiap teguran yang dibuat mestilah berdasarkan kepada kebenaran.
"Saya bukan orang yang tidak suka kepada teguran, yang marahkan orang tegur tetapi teguran itu juga hendak dilandaskan kepada perkara-perkara yang benar dan dengan semangat untuk mencari satu kaedah dan pendekatan yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata setiap teguran kepada pegawai kerajaan menunjukkan masyarakat termasuk wakil rakyat menyambut baik rancangan yang dibuat kerajaan.
Kerana nila setitik...
Jikalau mereka tidak suka tentang rancangan itu, mereka tidak peduli tentang pelaksanaannya, katanya.
Perdana Menteri mengakui bahawa memang terdapat `little atau big napoleon' dalam kerajaan yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan melakukan kesilapan yang akhirnya mencemarkan imej perkhidmatan awam.
Beliau berkata jumlah itu bagaimanapun adalah sedikit tetapi "kerana nila setitik akan merosakkan susu sebelanga."
"Itu yang perlu diberi perhatian dan tidak ada siapa yang suka adanya segelintir golongan yang kecil itu yang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada orang ramai...Ini yang menjadi masalah kita.
Abdullah berkata ini juga bukanlah satu teguran yang perlu dijadikan sebagai bermulanya tindakan menghentam perkhidmatan awam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.