Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aktivis Suaram hairan Bukit Aman tanya pasal Zakir Naik

Polis Bukit Aman hari ini menyoal Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berhubung forum yang membincangkan mengenai penahahan individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Forum yang diadakan pada 25 Nov lalu itu turut membincangkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Suaram merupakan salah satu penganjur forum terbabit.

Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi, Sevan berkata beliau terkejut dan berasa terganggu dengan soalan oleh polis semasa sesi soal siasat selama sejam itu.

"Kedua-dua soalan yang mengganggu itu adalah [...] polis tanya jika saya fikir Sosma telah digunakan sebagai alat politik untuk menangkap ahli-ahli politik DAP.

"Dan soalan yang lain adalah (jika saya fikir) penangkapan kedua-dua Adun DAP disebabkan beberapa ahli DAP mengulas terhadap Zakir Naik (sebelum ini)," katanya.

"Ia tidak masuk akal untuk bertanya penganjur forum jenis-jenis soalan pimpinan (leading qusetion) dan bukannya tujuan forum ini dianjurkan [...]," katanya.

Kepada kedua-dua pertanyaan berkenaan, Sevan menjawab "Saya akan jawab di mahkamah".

Ditemani peguamnya New Sin Yew, beliau disoal oleh Inspektor Nor Adilah Fatihah Abdul Wahab daripada Unit Siasatan Jenayah (D5).

Sebelum ini dua Adun DAP - P Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek) - adalah antara 12 individu yang ditahan di bawah Sosma.

Zakir merupakan seorang pendakwah Islam berpengaruh yang berasal dari india dan mendapat taraf Penduduk Tetap di Malaysia.

Awal tahun ini beliau menimbulkan kenyataan kontroversi membabitkan kaum India dan Cina di Malaysia, sehingga mengundang kritikan banyak pihak, termasuk daripada pemimpin DAP.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS