Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin pertahan dividen rendah, kata PNB terjejas isu legasi

Mohamed Azmin Ali hari ini tampil membela Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menerima kritikan selepas mengumumkan dividen terendah bagi unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejak tahun 1999.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata pihak pengurusan PNB, sedang mewarisi beberapa isu legasi dari pengurusan sebelumnya, dan telah melakukan yang terbaik memandangkan keadaan ekonomi semasa.

"Ia membabitkan (agihan) RM9 bilion (kepada lebih 10 juta pelabur). Ini bukan jumlah kecil," katanya kepada pemberita di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini.

"Dengan situasi semasa, PNB telah melakukan yang terbaik bagi memastikan pelabur dan pemegang saham menerima pulangan yang lebih baik untuk tahun yang akan datang," katanya.

Azmin berkata prestasi ekonomi dan pasaran juga menyumbang kepada dividen yang rendah.

"Selain itu, terdapat isu tadbir urus - apa yang berlaku pada masa lalu.

"Pengurusan baru PNB mencuba tahap terbaik mereka untuk memastikan tadbir urus dan akauntabiliti menjadi tunggak pengurusan baru," katanya.

Beliau mengulas krtikan pemimpin pembangkang yang membidas kerajaan Pakatan Harapan atas prestasi buruk PNB.

Pada 18 Disember lalu, di sebalik pengucupan 7.2 peratus dalam FBM KLCI di Bursa Malaysia tahun ini, PNB mengumumkan pengagihan pendapatan lima sen se-unit dan bonus 50 sen untuk ASB bagi tahun 2019.

Pengerusi PNB, Zeti Akhtar Aziz berkata PNB berpuas hati dengan prestasinya berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS