Umno tidak berani berdialog isu tafsiran negara Islam: PAS
Presiden PAS Datuk Fadzil Noor hari ini membidas sikap Umno yang enggan mengadakan dialog mengenai tafsiran negara Islam dengan parti itu.
Menurutnya Umno "tidak berani untuk berdialog" dengan parti pembangkang itu.
"Lain kali jangan bercakap mahu berdialog dengan PAS. Mereka (Umno) tidak akan berani berdialog dengan PAS," katanya semasa ditemui di luar Dewan Rakyat, pagi tadi.

Menurut beliau, pemimpin Umno sendiri tidak mempunyai kata sepakat dalam soal mahu mengadakan dialog tersebut.
"Sebelum ini Tan Sri Abdul Hamid Othman yang mempelawa PAS untuk berdialog tetapi kemudian timbalan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula berkata ia (dialog) tidak perlu. Jadi mereka sesama sendiri tidak sepakat," katanya.
Persetujuan BN
Pengerusi Biro Agama Umno Abdul Hamid Khamis lepas dilaporkan berkata Umno sedia berdialog dengan PAS mengenai takrif negara Islam bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.
Bagaimanapun, dua hari selepas itu Abdullah berkata dialog mengenai tafsiran negara Islam itu tidak perlu kerana Umno sudah menjelaskan perkara itu dan ia telah mendapat persetujuan badan tertinggi Barisan Nasional (BN).
Dalam laporan akhbar-akhbar utama Ahad lalu, Abdullah mengulangi bahawa kerajaan BN membuka pintu kepada kepimpinan PAS mengeluarkan kenyataan mengenai takrif negara Islam mengikut maksud dan kemahuan parti berkenaan.
Menurut Abdullah isu dialog mengenai negara Islam itu perlu dihentikan setakat ini saja.
Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad secara terbuka dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan parti Gerakan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.